suria

Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat tersingkir, 6 peserta berentap rebut gelaran juara Big Stage 2023

Firdaus dan Dem Lepak Boyz tersingkir diperingkat separuh akhir Big Stage 2023.

IMPIAN Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat berentap di pentas akhir Big Stage 2023 terkubur apabila diumumkan peserta tersingkir pada pertandingan peringkat separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Pada peringkat separuh akhir itu, Dem Lepak Boyz menyanyikan lagu C.H.R.I.S.Y.E nyanyian asal Diskoria, Laleilmanino & Eva Celia duet bersama Ayie Elham.

Manakala Firdaus Rahmat pula tampil bersama Ismail Izzani menyampaikan lagu nyanyian asal Justin Bieber dan The Kid Laroi iaitu Stay.

Penyingkiran dua peserta itu sekali gus melayakkan enam peserta lain iaitu Nadeera Zaini, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Waode dan Hoondoo layak ke peringkat akhir.

hoondoo2 - 1

Peserta tunggal Korea Selatan Hoondoo mara ke peringkat akhir.

Juri tetap Big Stage 2023 iaitu Aina Abdul dalam komennya memberitahu persembahan Dem Lepak Boyz pada minggu ini kurang menyerlah berbanding minggu sebelumnya.

"Persembahan menghiburkan tapi kurang menyerlah. Saya tak nampak Dem Lepak Boyz yang 'cheeky' macam minggu sebelum ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Khareeza dapat peluang kedua, 8 peserta berentap rebut tempat ke final Big Stage 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage peluang penyanyi Malaysia belajar cara kerja peserta luar, Ajai yakin semua ada potensi juara... “Siapa nyanyi sedap dia menang”

Ajai pula berpendapat karisma dimiliki Firdaus mempersona tapi belum cukup kuat.

"Persembahan bukan tentang siapa yang menyanyi tinggi tetapi karisma juga memainkan peranan penting.

"Masing- masing da kekuatan yang tersendiri. Kalau fokus pada penyanyi suara tinggi budak-budak macam ini akan mati," ujarnya.

Acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam itu turut menyaksikan Nadeera Zaini menduduki tempat pertama menerusi lagu Aku Cinta yang berduet bersama Khai Bahar.

Peserta

Separuh akhir Big Stage 2023 tampil dengan tema duet.

Pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik pula jatuh kepada Nadeera Zaini yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Sementara itu, peringkat akhir BS2023 bakal menyaksikan tema Battle Mashup dan Ultimatum yang akan menentukan juara Big Stage nanti.

Peringkat akhir juga memperlihatkan kesemua peserta menyanyikan lagu pilihan mereka sendiri.

BS23023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose manakala penyanyi Datuk AC Mizal diundang selaku juri jemputan selain Scha Al Yahya selaku presiden netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain