suria

Adik lelaki dedah kronologi isu jual banglo... Dakwa Shila Amzah datang tendang pintu rumah, tengking ibu ‘tak ada otak’

Syafiq dedah kronologi kemelut adik-beradik yang berlaku.

ADIK lelaki kepada Shila Amzah mendakwa mereka hanya dimaklumkan mengenai kehadiran seorang individu untuk menilai banglo milik penyanyi itu pada saat akhir.

Amir Syafiq, 30, bagaimanapun berkata, ibu mereka iaitu Fauziah Sarman meminta diberikan sedikit masa bagi membersihkan rumah kerana berasa segan dengan individu tersebut memandangkan keadaan kediaman itu bersepah.

"Semalam (Selasa) ada orang pagi-pagi nak datang rumah, Shila telefon mak beritahu ada orang datang nak buat penilaian rumah.

"Orang itu sudah sampai depan rumah, baru dia nak beritahu. Rumah tidaklah bersepah sangat tapi kotor sikit disebabkan kami ada 40 ekor kucing.

shila1 - 1

Amir dedah hal yang berlaku antara Shila dan ibu mereka.

"Mak minta Shila untuk tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam dan datang semula sebab nak kemas rumah terlebih dahulu... malulah orang datang rumah kotor," katanya.

Syafiq menjelaskan perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Syafiq mendakwa permintaan Fauziah itu tidak diendahkan Shila malah penyanyi lagu Patah Seribu itu didakwa menghina ibu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit... "Tak perlu back up, dia fake"

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan... Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah

Malah kata Syafiq, Shila turut datang ke rumah sebelum bertindak menendang pintu banglo tersebut sebelum menengking ibu mereka.

"Dia cakap orang itu (penilai rumah) ada kerja, mereka bukan tiada pekerjaan macam mak. Dia hina mak saya. Ini mak saya yang cerita... Lillahi Ta'alla, mak sampai menangis.

"Shila menengking mak dan disebabkan itu mak memarahinya," ujarnya.

Menurut Syafiq lagi, perselisihan faham yang berlaku antara Shila dan ibu mereka diceritakan sendiri oleh Fauziah dan akan menunjukkan bukti kepada umum.

shilaaa - 1

Tindakan Shila ingin menjual kediamannya mengundang salah faham keluarga.

Dakwa Syafiq lagi, ibu mereka hampir menampar Shila akibat pertengkaran itu namun pergerakannya yang terbatas dia hanya mampu mencapai cermin mata milik kakaknya itu.

Kata Syafiq, Fauziah berang apabila Shila tergamak melabel ibunya sebagai tiada otak dan mempunyai bukti tentang perkara itu.

"Shila cakap 'kepala otak mak la', lepas itu ditolak mak... Bila dia tolak mak dan mak hampir terjatuh, mak nak lempang dia tapi tercapai cermin mata dia.

"Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia maki lagi 'mak ni memang tiada otaklah' dan bukti mengenai kejadian itu ada," katanya.

Pada Isnin lalu, adik bongsu Shila iaitu Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya.

qq

Amir mendedahkan dia bengang ibunya diperlakukan tidak baik.

Tidak lama kemudian, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, tampil memberi penjelasan menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut.

Jelas Shila, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka.

Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut.

Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain