suria

Shila Amzah bersalah dengan suami, tak fasal-fasal kena hadap konflik adik-beradik... Ubai pula dedah isteri tanggung hutang keluarga

Shila mohon maaf kepada Ubai.

SERBA salah kerana suami terpalit dalam perbalahan adik-beradiknya, penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Kata Shila atau Nurshahila Amir Amzah, dia kasihan apabila suaminya itu turut dikaitkan dengan isu keluarga yang terjadi sejak kebelakangan ini.

"Saya kasihan kepada Ubai dan rasa bersalah kerana berkahwin dengan saya dan masuk ke dalam keluarga macam ini (berbalah)," katanya semasa siaran langsung di Instagram pada Rabu.

Shila Amzah  2

Shila semasa siaran langsung pada Rabu.

Dalam masa sama, Shila mengakui dia masih kuat berdepan segala ujian ini disebabkan sokongan yang diberikan oleh suami.

Malah Ubai sentiasa meyakinkan Shila bahawa dia tidak bersendirian menghadapi masalah keluarga ini.

"Saya tahu dia terkesan tapi dia berkali-kali cakap dengan saya yang kali ini saya tak berseorangan.

"Jadi benda itu sedikit sebanyak buat saya lega. Sebenarnya saya dah tak kuat," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas adik ipar pertahan Shila Amzah, bengang ex suami tiada kerja tetap ‘play victim’... “Dia jual gitar sebab nak duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan... Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah

Sebelum itu, Ubai menerusi hantaran di aplikasi X atau Twitter mendedahkan Shila menanggung hutang keluarganya yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Dedah Ubai lagi, sehingga kini Shila masih menanggung keluarganya meskipun adik-beradiknya sudah dewasa.

"Shila mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Sehingga kini masih tanggung keluarga.

Saya kasihan kepada Ubai dan rasa bersalah kerana berkahwin dengan saya.

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Dia sendiri. Tiada yang membantu. Baik keluarga mahu pun orang lain. Hanya dia yang tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya," ujarnya.

Perbalahan di antara adik-beradik itu bermula pada Isnin lalu setelah Syada Amzah mendakwa yang dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya.

Tidak lama kemudian, Shila tampil memberi penjelasan menafikan dakwaan dia menghalau ibu dan adik-beradiknya daripada kediaman itu.

Shila Amzah 1 2

Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos lalu.

Katanya, tujuannya mahu menjual rumah berkenaan kerana dia ingin mencari kediaman baharu yang lebih selesa untuk ibunya.

Isu ini terus berlarutan apabila adik lelakinya pula iaitu Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak mengadakan sebarang perbincangan awal sebelum menjual rumah tersebut.

Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.

Untuk rekod, Shila dan Ubai sah bergelar suami isteri pada 5 Ogos lalu di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain