suria

Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan... Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah

Shila Amzah penat dengan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

SELEPAS satu demi satu pendedahan dibuat oleh adik-adiknya, penyanyi Shila Amzah mengakui sudah terlalu penat untuk berhadapan dengan segala dakwaan dan tohmahan tidak benar membabitkan dirinya.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata, dia sudah letih berdepan segala kontroversi termasuklah mengenai hasratnya menjual rumah yang didiami ibu dan adik-beradik lain.

Kata Shila, dia terpaksa meluahkan perasaan terbuku dihati selepas adik lelaki iaitu Amir Syafiq berterusan meletakkan kesalahan pada dirinya dan menganggap dia kakak sulung yang gagal menggalas tanggungjawab.

Shila Amzah  2

Shila ketika sesi siaran langsung pada Rabu.

"Saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain.

"Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah.

"Saya dah terlalu penat nak hadap ni semua, tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam," katanya pada Rabu.

Shila meluahkan isi hatinya itu dalam satu siaran langsung di laman Instagram pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah itu nama saya” - Shila Amzah guna ‘kuasa veto’ jual banglo, tak halau ibu dan adik-beradik

ARTIKEL BERKAITAN: Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit... “Tak perlu back up, dia fake”

Bercakap mengenai keputusannya mahu menjual rumah didiami ibu dan adik-beradik lain, penyanyi ini berkata hasratnya itu telah dipersetujui oleh ibunya, Fauziah Sarman.

"Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah.

"Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya," ujarnya.

Saya dah terlalu penat nak hadap ni semua, tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam.

SHILA AMZAH

PENYANYI

Sementara itu, dalam satu hantaran lain di Instastory, Shila menepis dakwaan yang dibuat Syafiq mendakwa dia lebih mementingkan duit daripada keluarga.

Shila berkata kebenaran yang cuba didedahkan oleh Syafiq berhubung isu itu hanyalah rekaan dan kisah dongeng.

"Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?" soalnya.

Shila 3 (1)

Shila dan keluarga semasa hari pertunangannya.

Sebelum ini, isteri kepada personaliti media sosial Ubai ini menafikan yang dia menghalau ahli keluarga dari kediaman miliknya.

Shila berkata dia mahu menjual rumah tersebut dan mencari kediaman yang baharu untuk ibunya itu.

Isu ini menjadi hangat selepas Syada mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagaikan haiwan jalanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain