suria

Suami Mawar Rashid tampil ulas tindakan isteri buka tudung, Raf Yaakob anggap hal peribadi

Raf tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

SEHARIAN mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan, akhirnya suami kepada Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob tampil menjawab kontroversi berkenaan isterinya yang kini tidak lagi berhijab.

Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 35, berkata dia enggan memanjangkan isu berkenaan memandangkan Mawar telah memberikan penjelasan berhubung keputusannya itu pada malam Selasa.

Malah, perkara ini juga merupakan hal peribadi antara mereka.

Raf 2

Mawar kembali tidak bertudung pada Selasa.

"Mawar telah membuat kenyataannya malam tadi (Selasa) dan saya tidak mahu untuk membuat kenyataan lanjut untuk memanjangkan lagi isu ini.

"Ini kerana ia merupakan hal peribadi di antara saya dan Mawar serta antara Mawar dan Allah," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.

Meskipun Mawar mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung, Raf yakin isterinya itu masih tahu mengenai tanggungjawab dalam keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba tapi gagal, Mawar Rashid kongsi foto tak lagi berhijab - “Saya minta maaf”

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid sudah kecewakan banyak pihak, tindakan buka tudung tak patut dicontohi

Dia juga akan mengendalikan isu tersebut secara peribadi dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Sebagai suami, Mawar tahu apa yang saya inginkan dalam keluarga. Kami akan kawal perkara ini secara peribadi.

"Bergerak ke hadapan, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Mawar," katanya.

Raf 3

Raf dan Mawar berkahwin pada 9 November 2017.

Pada pagi Selasa, Mawar tampil memuat naik dua foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya.

Mawar menerusi kapsyen gambar tersebut hanya menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain meminta maaf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain