suria

Video kontroversi kena padam, Ebit Lew dapat perintah injunksi terhadap Caprice dan Mondy Tattoo

Ebit berjaya memperolah perintah injuksi.

PENDAKWAH selebriti Ebit Lew memperoleh injuksi interim bagi menghalang penyanyi Caprice dan personaliti media sosial, Mondy Tattoo daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baiknya.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober lalu.

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli turut diarahkan memadamkan satu rakaman video bersama Mondy seperti yang telah dimuat naik di laman Youtube dan Instagram.

caprice 1

Caprice dan Mondy dihalang mengeluarkan kenyataan berkaitan Ebit.

Caprice hendaklah memadamkan video dan rakaman berkenaan dalam tempoh 24 jam selepas perintah injunksi sementara itu dikeluarkan.

Pada 22 September lalu, Ebit atau Ebit Erawan Ibrahim Lew, 39, memfailkan saman terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew fail saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy Tatto

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Jeddah, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

Saman tersebut dibuat melalui peguamnya yang diwakili oleh Datuk Akberdin Abd Kader.

Pendakwah itu sebelum ini juga membuat laporan polis berhubung beberapa kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Kontroversi melibatkan Ebit dan Caprice bermula selepas Mondy membuat pendedahan tentang dirinya yang menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki berpewatakan alim.

ebit 2

Ebit diwakili peguamnya, Datuk Akberdin.

Dalam temu bual di siaran podcast Caprice, wanita asal Indonesia itu juga menyebut mengenai perkara berkenaan sehingga nama Ebit dikaitkan.

Ebit dalam satu kenyataan sebelum ini mengenali Mondy sebagai seorang ibu tunggal dan berniat baik membantu wanita itu yang tinggal di tepi jalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain