KISAH dua beradik iaitu penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah kebelakangan ini mendapat perhatian ramai kerana ada yang mendakwa hubungan mereka bermasalah. Terbaharu, selepas Syada berkongsi cerita mendakwa dihalau dari kediaman, kakaknya iaitu Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, pula memuat naik status seolah-olah membalas pendedahan adiknya itu. “Simpan kisah keluarga, jangan jadikan cerita untuk dikenali,” tulisnya menerusi Instagram. Shila tidak mahu hal keluarga menjadi bualan ramai. Malah Shila turut memuat naik satu rakaman sedutan program Sepahtu Reunion yang menyebut mengenai rumah sewa. Dalam rakaman tersebut watak yang dibawakan oleh Jep menyebut akan mencarikan rumah sewa baharu untuk isterinya. Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, namun video yang dikongsi itu seakan-akan berkait dengan kenyataan Syada sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Dah buang kena halau lagi” - Individu datang tengok rumah, Syada Amzah tak pernah rancang jual kediaman ARTIKEL BERKAITAN: Syada masih tegur dan peluk Shila Amzah, jawab dakwaan gaduh dengan kakak... “Saya sentiasa perang dingin adik-beradik” Pada Selasa lalu, Syada atau Nursyuhada Amir Hamzah, 25, mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut. Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan. Sementara itu, pada satu hantaran berbeza dia sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila sengaja menyindir kakak sendiri. Syada seolah menyindi ahli keluarga sendiri. "Saya menghabiskan usia remaja cuba menjadi seperti kamu. Awak istimewa kerana awak cantik. "Namun semakin saya melihat awak, semakin saya bersyukur menjadi diri sendiri," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!