KEMELUT antara adik-beradik Shila Amzah nampaknya semakin hangat susulan rumah milik penyanyi itu yang diduduki keluarga bakal dijual sehingga mereka terpaksa keluar daripada kediaman berkenaan. Tampil meluahkan rasa bengang dengan tindakan Shila, adiknya iaitu Syafiq atau Amir Syafiq, 30, memberitahu penyanyi itu tidak mengadakan sebarang perbincangan awal sebelum membuat keputusan itu. Malah, dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. Syafiq membuat pendedahan tentang kakaknya. "Tak tahu dia di mana sekarang. Dah tak harap apa-apa dari dia. Ada sahaja pilihan untuk dia tukar nama rumah itu kepada nama mak, biar kami yang selesaikan. "Mesti ada sebab dia tak nak tukar nama. Dia tahu rumah ini boleh datangkan duit. Mungkin nilainya RM2.5 juta sekarang," katanya. Syafiq mengulas mengenai perkara itu menjawab komen-komen pengikut menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: “Simpan kisah keluarga”... Shila Amzah tegur Syada? Siap ‘post’ video Sepahtu Reunion cari rumah sewa ARTIKEL BERKAITAN: “Dah buang kena halau lagi” - Individu datang tengok rumah, Syada Amzah tak pernah rancang jual kediaman Dalam pada itu, anak lelaki sulung penyanyi Datuk ND Lala ini juga secara terbuka mendedahkan kakaknya itu merupakan seorang yang bersikap berpura-pura. Malah tindakan Shila menjual rumah berkenaan menggunakan kuasa veto adalah sesuatu yang tidak wajar. "Dia (Shila) kata terpaksa guna veto. Sepatutnya selepas ibu bapa bercerai veto itu adalah di tangan saya sebab saya anak lelaki sulung tetapi mungkin saya masih belum stabil... bagaimanapun dia boleh ada rasa simpati. Pergolakan keluarga Shila menjadi perhatian ramai. "Tak perlu nak back-up dia. Apa yang dia tunjukkan itu fake. Saya ini orang yang benar, sebelum nak burukkan kakak, saya burukkan diri sendiri dulu," ujarnya. Sementara itu, Syafiq turut mendakwa Shila dan orang-orang terdekat dengannya pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka iaitu Fauziah Sarman. "Apa yang dia buat tu salah. Kau sentuh mak, dengan balaci tengking mak. Ingat aku boleh berdiam? Ramai tak puas hati dengan kau," jelasnya. Sebelum ini Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, dalam sesi siaran langsung di TikTok mengakui tindakan menjual rumah itu adalah pilihannya sendiri kerana mahu mencari kediaman lebih baik untuk keluarganya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!