suria

“Saya dah pindah Mongolia” - Tiada akses komunikasi, Abby Abadi anggap kenyataan Norman kelakar

Abby persoal kenyataan Norman yang mendakwa tiada akses untuk hubungi dirinya.

PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa pelik apabila bekas suaminya mendakwa tidak mempunyai akses bagi menghubunginya berhubung isu anak mereka.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, juga menyifatkan kenyataan dibuat aktor Norman Hakim sebagai kelakar.

"Tak dapat dihubungi? Buat kelakar ke apa ni?," katanya.

size NP 1 (55)

Hantaran Abby di Instastory miliknya pada malam Isnin.

Perkara itu dikongsi Abby melalui satu hantara di Instastory miliknya pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Abby turut meninggalkan kata-kata sinis bahawa dia sudah berpindah ke Mongolia dan tiada internet di sana.

"Oh lupa nak beritahu, line tiada, saya dah pindah Mongolia semalam," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim mohon maaf kepada Abby Abadi, usaha selesaikan isu Marissa

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak semua benda kena kongsi” - Norman minta Abby Abadi bertenang, jawab dakwaan lepas tangan isu anak

Dalam pada itu, Abby turut memuat naik kembali video kes penceraiannya bersama Norman sebelum ini.

Kenyataan itu susulan Norman mendakwa tiada cara menghubungi Abby secara peribadi bagi membincangkan isu melibatkan anak mereka iaitu Marissa Dania Hakim.

Sebelum ini, Norman meminta bekas isterinya itu tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kontroversi pernikahan anak mereka di Thailand.

size NP 1 (56)

Norman mohon maaf dan beritahu tiada akses untuk hubungi Abby.

Norman berkata dia bimbang sekiranya perkongsian Abby itu kelak hanya akan menimbulkan salah faham dan merumitkan keadaan.

Abby bagaimanapun dilihat kurang senang dengan komen Norman itu dan mengaku kecewa dengan sikap bekas suaminya itu.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan Ahmad Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain