suria

Marissa punya hal, Abby Abadi dan Norman pula berbalas komen tak puas hati

Abby dan Norman dilihat berbalas komen di Instagram.

KETIKA hal rumah tangga membabitkan Marissa Dania dan suaminya Aslam yang berkahwin dua masih lagi diperkatakan, krisis kekeluargaan ini nampaknya semakin berlarutan dengan komen-komen berbaur teguran dan sindiran antara Abby Abadi dan Norman Hakim.

Kedua-dua mereka dilihat menggunakan media sosial untuk berbalas komen yang seterusnya menyebabkan campur tangan netizen dalam yang meninggalkan komen negatif masing-masing.

Abby pada petang Ahad lalu ada memuat naik satu hantaran meluahkan rasa kecewa terhadap sikap bekas suaminya yang didakwa lepas tangan dan tidak membantu menyelesaikan kemelut membabitkan anak mereka yang dipercayai bernikah di Thailand sebagai isteri kedua tanpa pengetahuan keluarga.

Perkongsian Abby itu menarik perhatian Norman untuk menulis komen teguran yang ditujukan kepada bekas isterinya itu.

Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Norman.

Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Norman.

Kata Norman, dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai bapa dan meminta Abby untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai keluarga di media sosial.

"Istighfar bok (panggilan Abby), bawa bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti.

"Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya," tulis Norman.

Komen ditulis Norman itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Abby sehingga membuatkan pelakon drama Gerak Khas ini membalas semula komen berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak semua benda kena kongsi" - Norman minta Abby Abadi bertenang, jawab dakwaan lepas tangan isu anak

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia terima Aslam sebagai menantu, Abby Abadi cuba berlembut enggan terlalu memaksa anak

Kata Abby, dia sudah penat menyimpan perasaan dan begitu kecewa dengan sikap Norman.

Malah, dia tidak kisah sekiranya hubungan mereka tidak lagi serapat dahulu memandangkan tiga anak mereka sudah membesar.

"Awak memang sangat mengecewakan! Saya penat lama menyimpan. Kasihan anak-anak saya dari kecil awak buat suka hati awak saja.

"Sekarang anak dah besar, jadi tak perlu berbaik pun tak apa. Tak ada beza," tulisnya.

Abby mahu masalah perkahwinan Marissa diselesaikan dengan segera.

Abby mahu masalah perkahwinan Marissa diselesaikan dengan segera.

Mungkin kerana sudah letih menghadap kontroversi ini sendirian, Abby dengan tegas meminta Norman menyelesaikan kemelut keluarga mereka ini segera.

"Selesaikan apa yang patut sahaja yang sudah bertangguh sekian lama. Kalau tak, sedia menjawab depan Allah nanti," ujarnya.

Kalau dilihat di media sosial, ketika isu anak kedua mereka ini menjadi bualan, Norman tidak pernah sekali pun mengeluarkan sebarang kenyataannya namun Abby dilihat lebih terbuka dan banyak berkongsi cerita menerusi beberapa siri podcast.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan suami orang bernama Ahmad Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Keluarga besar Abby dan Norman berkumpul dalam satu acara baru-baru ini.

Keluarga besar Abby dan Norman berkumpul dalam satu acara baru-baru ini.

Untuk rekod, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 21, Marissa Dania Hakim, 19, dan Danisha Hakim, 16 tahun.

Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.

Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain