suria

Datuk Red tak mahu cerai isteri pertama, tetap pendirian pertahankan rumah tangga

Datuk Red enggan melepaskan isteri pertamanya.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Adnan Abu tetap dengan pendirian mempertahankan ikatan perkahwinannya bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam mewakili Adnan iaitu Muhammad Akmal Azman yang memberitahu anak guamnya masih mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

"Setakat ini saya dimaklumkan oleh anak guam yang dia tidak setuju dengan tuntutan penceraian ini.

red4 - 1

Akmal merupakan wakil peguam Datuk Red hadir ke mahkamah pada pagi Isnin.

"Dia (Datuk Red) cuba pertahankan perkahwinan seperti isteri kedua (Adira). Dia masih sayangkan rumah tangga,” katanya kepada mStar.

Akmal berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding sebutan kedua kes tuntutan perceraian oleh Sharifah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Isnin.

Datuk Red bagaimanapun gagal menghadirkan diri untuk prosiding berkenaan disebabkan urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedang susah dan masalah kewangan bukan sebab isteri pertama Datuk Red tuntut cerai

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini bukan keputusan saya" - Isteri pertama Datuk Red nampak bercerai jalan terbaik

Sementara itu, Akmal memberitahu Sharifah menuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman di antara mereka.

"Untuk Seksyen 47 ini sebenarnya ada banyak sebab (untuk bercerai). Untuk kes (Datuk Red dan isteri), mereka tiada sefahaman. Itu yang dinyatakan,” ujarnya.

Untuk rekod, Sharifah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red atau nama sebenarnya suaminya Datuk Seri Adnan Abu pada penghujung Januari lalu.

Perkara tersebut diketahui umum selepas Sharifah memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.

Selain Sharifah, isteri kedua kepada Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain