ISTERI pertama kepada Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim menjelaskan tindakannya memfailkan cerai sebelum ini bukanlah atas keputusannya. Sharifah atau lebih dikenali sebagai Datin Red bagaimanapun berkata perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk dirinya dan suami. Datin Red mengakui perpisahan adalah jalan terbaik. “Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ini bukan keputusan saya. Itu saja. “Tapi saya rasa ia (penceraian) adalah yang terbaik,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Berdoa diberi kebahagiaan, madu Adira kongsi foto di mahkamah undang spekulasi ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red reda jika cerai dengan Adira, anggap balasan dosa lalu Sharifah memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi sebutan kedua kes tuntutan penceraian terhadap suami pada Isnin. Untuk rekod, Sharifah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red atau nama sebenarnya suaminya Datuk Seri Adnan Abu pada penghujung Januari lalu. Perkara tersebut diketahui apabila Sharifah memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir. Selain Sharifah, isteri kedua kepada Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!