PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa sedih apabila kisah anaknya iaitu Marissa Dania, 19, yang bernikah di Thailand pada Disember tahun lalu terus menjadi bahan kecaman ramai. Kata Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, sebagai ibu dia mahu kemelut yang berlaku dalam keluarga diselesaikan secara baik tanpa melibatkan orang lain. "Saya sangat sedih dan terluka apabila anak dipersenda serta dicaci. Marissa anak saya, amanah untuk saya. Tanggungjawab saya untuk perbetulkan keadaan. Tak perlu libatkan orang lain. Abby meluahkan rasa kesal di Instagram. "Menerima undangan podcast untuk ditemu ramah adalah usaha kecil saya untuk menyelesaikan kemelut ini," katanya. Abby menulis luahan tersebut di Insta Story miliknya pada Ahad. Dia sebelum ini tampil mendedahkan Marissa bernikah di Thailand dalam satu temu bual bersama program Gempak. ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi sahkan Marissa nikah di Thailand, Misya pula reda hidup bermadu... “Ini ujian kami bertiga” ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah Menerusi kenyataan yang dibuat Abby juga berharapkan agak anak dan menantunya iaitu Aslam dapat menyelesaikan pendaftaran pernikahan mereka. Dalam masa sama pelakon ini juga turut kesal apabila kenyataannya dalam temu bual tersebut disalah anggap banyak pihak. "Bila saya diam sibuk nak tahu, bila bercerita mengata macam-macam pula. Saya kongsi sedikit sahaja untuk beritahu supaya jangan suka buat cerita. Marissa (kiri) menjadi isteri kedua Aslam. "Mengata tak jaga anak... saya jaga sehabis baik. Tetapi anak itu yang diluar jangkaan. Sebagai ibu saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak," jelasnya. Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam, 25, di Thailand pada hujung Dismber tahun lalu dan menjadi isteri kedua lelaki berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!