suria

Sedia terima Aslam sebagai menantu, Abby Abadi cuba berlembut enggan terlalu memaksa anak

Abby beri ruang kepada Marissa untuk selesaikan masalah yang berlaku.

BIARPUN tidak pernah bersetuju dengan kehidupan bermadu dalam rumah tangga, pelakon Abby Abadi memberitahu dia reda sekiranya itu adalah pilihan yang dibuat oleh anaknya iaitu Marissa Dania.

Kata Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dia juga terbuka hati menerima menantunya iaitu Ahmad Aslam kerana perkahwinan itu adalah atas keputusan anaknya sendiri.

"Kalau saya tahu mestinya saya tidak setuju kerana tidak nampak apa indahnya hidup bermadu. Saya juga melihat Aslam tiada sebab untuk berkahwin dua. Jika tahu dari awal perkara ini tidak akan berlaku.

abby 22

Abby mula terbuka berkongsi kisah anaknya menjadi isteri kedua.

"Ibu bapa mana yang setuju anaknya berkahwin cara begini (bernikah di Thailand). Ada pilihan untuk nikah dengan bukan suami orang dan ada pilihan untuk buat majlis secara teratur.

"Buat masa sekarang banyak perkara belum selesai. Saya tidak boleh beri jawapan terima Aslam atau sebaliknya. Kalau Marissa rasa itu terbaik buatnya saya terima," katanya.

Abby berkongsi perkara itu dalam temu bual bersama program Gempak yang dikendalikan oleh Sean Lee sebagai pengacara.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi sedih anak dihina, datang temu bual podcast usaha selesaikan kemelut keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah

Tambah Abby, dia dan Marissa juga masih belum bercakap secara terbuka berkenaan isu anaknya itu berkahwin di Thailand pada hujung Disember tahun lalu.

Meskipun pernah berjumpa, Abby tidak mahu mengambil pendekatan memaksa kerana percaya anak-anak juga ada pilihan tersendiri dalam hidup mereka.

"Saya ada berjumpa namun tidak mahu terlalu memaksa buka topik ini. Kalau boleh kami berjumpa untuk perbaiki hubungan. Saya cuba berlembut untuk baiki keadaan.

marissa 1

Marissa (kiri) bernikah dengan Aslam di Thailand.

"Sekarang pun hanya berhubung dengan Marissa melalui Whatsapp. Dia minta beri masa untuk selesaikan semua. Banyak perkara yang masih belum terjawab. Marissa pun sejak dulu memang seorang yang pendiam," ujarnya.

Sementara itu Abby juga tidak menyangka situasi ini boleh berlaku memandang anaknya itu baru berusia 19 tahun.

"Tak terjangka dek akal dia akan kahwin seawal usia 19 tahun. Sekarang ini kita tunggu sahaja apa Marissa nak buat. Saya tidak mahu terlalu memaksa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain