PELAWAK Yassin Yahya menyokong penuh keputusan sahabatnya iaitu Ilya Senario atau Pak Ya yang mahu menceburi karier baharu sebagai seorang mutawif. Kata Yassin, 46, sekiranya perkara itu terlaksana, dia berharap agar satu hari nanti dapat menunaikan ibadah haji atau umrah di bawah bimbingan Ilya. "Masing-masing ada matlamat sendiri dalam kerier. Bagi saya, dia (Ilya) buat keputusan yang tepat. Yassin sokong keputusan Ilya mahu menjadi mutawif. "Saya amat setuju dan akan beri sokongan kepada dia untuk capai impian dia tu. "Insya-Allah satu hari nanti jika saya berpeluang, saya nak ikut Ilya tunaikan umrah atau haji bersama," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Yassin berkata dia dan ahli kumpulan Senario yang lain sudah mengetahui lebih awal Ilya mahu bergelar mutawif. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya salahkan diri sendiri” - Zaman ‘gelap’ ubah hidup Yassin Yahya, ada sebab masih setia bersama Senario ARTIKEL BERKAITAN: Berundur dari pentas lawak, Pak Ya tukar bidang jadi mutawif... Cari kerjaya dekat dengan Tuhan Meskipun sudah menceburi bidang baharu, Yassin berkata nama Ilya sudah dikenali dalam industri dan tidak mungkin hilang walau bertukar kerjaya. "Ya, dia pernah memberitahu hasrat dia nak bergelar mutawif di WhatsApp kumpulan kami. "Tapi bagi saya, tiada istilah dia meninggalkan industri walaupun dia bertukar kerjaya, sebab nama Ilya ni memang dah dikenali," ujarnya. Pak Ya sedang mengikuti kursus untuk menjadi seorang mutawif. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Ilya memberitahu dia bakal beralih bidang menjadi seorang mutawif tidak lama lagi. Ilya berkata dia sudah lama memasang impian menjadi seorang mutawif namun rezeki itu belum kesempaian susulan jadual kerja seninya yang padat. Dalam perkembangan lain, Yassin antara penerima sumbangan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis sebanyak RM5,000 dan tajaan tunaikan umrah daripada Lembaga Zakat Selangor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!