suria

Terima hadiah coklat dan bunga... Marc Sadique mahu buat laporan rimas diganggu wanita mengaku kekasih

Marc kurang selesa apabila ada yang mengaku kekasihnya.

PELAKON Marc Sadique tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis selepas diganggu peminat misteri yang mengaku sebagai kekasihnya.

Kata Marc atau Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman, 27, dia bimbang keselamatan dan privasinya terancam selepas wanita berkenaan membuat pengakuan berada di lokasi sama.

"Dia hantar hadiah selama tiga hari berturut-turut ketika saya sedang menerima rawatan di hospital akibat demam. Saya tidak pernah dedahkan nama dan lokasi hopsital itu. Pelik apabila dia dapat tahu.

marc sadique 2

Marc bimbang ada yang cuba ganggu privasi.

"Bila saya tahu dia yang hantar, saya jadi marah. Takut pun ada kerana bimbang keselamatan dan privasi saya. Mungkin selepas ini dia tahu tempat tinggal saya pula. Saya jadi paranoid bila berlaku begini.

"Selepas keluar hospital ini saya mahu berehat dahulu dan jika masih diganggu, saya akan buat laporan polis," katanya ketika dihubungi mStar.

Marc sebelum ini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami demam sejak enam hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Bakat baharu Marc Sadique boleh bertutur tujuh bahasa, pantang makan coklat

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid kena buli siber sejak awal jadi artis, nasihat cari bantuan profesional jika tertekan

Sepanjang berada di hospital itu, dia menerima banyak hadiah daripada wanita berkenaan termasuk bunga, coklat, patung beruang dan juga makanan.

Kata Marc, dia tidak mengenali wanita berkenaan dan hanya mengetahui kewujudan individu itu ketika dia sama-sama menyertai sesi siaran langsung di sosial media sejak 2022.

"Sejak 2022 lagi saya sudah sedar kewujudan dia. Dia join sesi live saya dan sering mengaku kami ini kekasih. Seolah-olah saya ini milik dia.

Selepas ini saya perlu berhati-hati dan tidak terlalu ramah apabila bercakap dengan orang

MARC SADIQUE

PELAKON

"Saya tak pernah kenal dan kami tidak pernah berjumpa. Saya pernah block dia, tetapi saya tahu dia guna akaun lain untuk ikut saya di sosial media.

"Selama ini mungkin saya anggap sebagai peminat dan pengikut di sosial media sahaja. Tetapi apabila sudah berlebihan begini saya perlu bertindak," ujarnya.

Susulan apa yang berlaku pada dirinya, Marc akan lebih berhati-hati ketika bercakap dengan peminat agar tiada yang salah sangka akan sikap mesranya.

marc sadique 3

Marc lebih berhati-hati kongsi kisah peribadi.

"Selama ini mungkin saya terlalu ramah melayan orang. Kalau baca mesej wanita itu pun rasanya dia berlebihan sebab merajuk seperti kami sedang bercinta.

"Selepas ini saya perlu berhati-hati dan tidak terlalu ramah apabila bercakap dengan orang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain