suria

Ajai tahu Hafiz Suip ada masalah, nasihat jangan tinggalkan kerjaya seni... Dekatkan diri dengan Allah

Ajai minta Hafiz dekatkan diri dengan Allah, minta petunjuk urusan hidup dipermudahkan.

SUDAH menganggap Hafiz Suip seperti adiknya sendiri, komposer Ajai memberitahu dia mengetahui situasi sukar yang sedang dilalui oleh penyanyi itu.

Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 49, bagaimanapun hanya menitipkan pesan kepada Hafiz untuk terus kuat dan yakin penyanyi itu mampu berdepan situasi berkenaan.

"Hafiz ni macam adik saya sendiri... Saya faham sekarang dia ada masalah tapi pada saya semua orang akan ada masalah.

size NP 1 - 2024-07-30T104922.455

Hafiz ketika sesi rehearsal bersama Ajai untuk konsert mereka pada 3 Ogos ini.

"Saya cakap dia kena kuat, tak boleh tinggalkan kerjaya sebab ini mata pencarian dan dia faham cakap saya," katanya.

Ajai berkongsi mengenai Hafiz Suip itu menerusi rakaman podcast di platform Sinar.

Dalam pada itu, Ajai turut meminta juara Akademi Fantasia (AF) 7 itu supaya sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk daripada Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk video buat ‘pull up’, Hafiz Suip nak sepak individu tuduh ambil barang terlarang

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiada keserasian, kembali kongsi pentas bersama Nourul tak mungkin terjadi - Ajai

"Jangan sayang orang melebihi Allah... minta dengan Allah supaya diberikan petunjuk, buat solat tahajud, dekatkan diri dengan Allah, mungkin masa begini Allah rindu kamu.

"Jatuh bangun tu normal, biarlah orang nak kata apa tapi penghabisan rezeki kita ni di tangan Allah, Dia tentukan segalanya.

"Pegang pada Allah sahaja, selamatlah hidup kamu," ujarnya.

size NP 1 - 2024-07-30T105018.311

Ajai anggap Hafiz seperti adik sendiri.

Sebelum ini, Ajai berkongsi foto dan video sesi latihan bersama Hafiz yang mengundang rasa teruja peminat untuk melihat kemunculan semula penyanyi itu.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul di Konsert By Ajai & Mega Friends yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

Selain Hafiz dan Ajai, konsert berkenaan turut menampilkan penyanyi hebali lain seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain