PELAKON veteran Nona Asiah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura kira-kira pukul 4.25 pagi, Selasa. Berita pemergian Asiah atau Asiah Aman, 94, disahkan sendiri oleh anak bongsunya iaitu Indra Shahrir Ismial yang juga seoarang pemuzik asal Singapura. Menurut Indra, Allyarham telah dirawat di hospital berkenaan kerana masalah melibatkan buah pinggang, paru-paru dan jantung sejak dua bulan lalu. Asiah pernah berlakon bersama Allyarham Tan Sri P. Ramlee ketika hayatnya. Selain itu, Allahyarham turut menderita penyakit demensia. Sebak berkongsi berita pemergian tersebut, Indra turut memaklumkan dia satu-satunya anak berada di sisi sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir. Jenazah kini berada di kediaman Allahyarham dan dijangka akan dikebumikan pada pagi Rabu kerana menunggu ahli keluarga terdekat pulang dari Gold Coast, Australia. Untuk rekod, Asiah memulakan kerjaya seni di Singapura menerusi filem keluaran Shaw Brothers dan Cathay Keris Malay Films ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jaafar Onn meninggal duni Asiah merupakan antara biduanita terkemuka di rantau Nusantara ketika zaman kegemilangannya pada tahun-tahun 1950-an hingga 1960-an. Lagu-lagu nyanyiannya sehingga ini masih malar segar termasuk Cempaka Biru, Jikalau Abang Merindu, Hasan dan Hasnah dan Ingin Tahu. Selain aktif dalam dunia seni, Asiah mempunyai bakat besar dalam bidang rekaan fesyen. Rekaan fesyen ‘Seniati’, hasil sentuhannya sendiri cukup diminati ramai termasuk primadona Melayu seperti biduanita Saloma, Kartina Dahari dan Siput Sarawak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!