suria

Wak Doyok jumpa Aliff Syukri, malu nama kena petik ikon fesyen berhutang

Wak bukanlah individu yang mempunyai masalah hutang dengan Aliff Syukri.

SELEPAS namanya dipetik sebagai individu yang berhutang dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, ikon fesyen Wak Doyok tampil menjelaskan mengenai salah faham yang timbul itu.

Menafikan dirinya berhutang, Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 44, memberitahu dia sudah bertemu dengan Aliff bagi membuktikan dirinya bukanlah ikon fesyen yang dimaksudkan.

"Alhamdulillah, selesai salah faham di media sosial. Bukan aku ya yang Aliff nak saman," katanya menerusi laman Instagram.

size NP 1 - 2024-07-30T110439.895

Wak berjumpa dengan Aliff untuk membersihkan namanya.

Dalam hantaran itu juga Wak berkongsi foto dia bertemu dengan Aliff Syukri.

Ketika pertemuan berkenaan, Wak berkata dia malu apabila dituduh berhutang dengan Aliff.

"Malu aku Aliff, wartawan cari, netizen kata aku bergaduh dengan Aliff.

"Bukan aku sahaja ikon fesyen, ramai lagi. Tapi tak tahulah kenapa ramai tuju perkara tu kat aku," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Syukri naik angin lagi, minta bapa kepada ikon fesyen bayar hutang... Siap sedia ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menang saman fitnah, mahu heret bekas pembantu peribadi ke penjara

Sementara itu, Aliff memberitahu netizen salah faham mengenai luahan hatinya sebelum ini.

Jelasnya, ikon fesyen dimaksudkan ialah seorang wanita dan bukannya lelaki.

"Sebenarnya ramai salah tafsir, yang saya cerita tu ikon fesyen perempuan. Jadi individu itu bukan Wak Doyok," ujarnya.

2818009

Aliff Dedah bapa ikon fesyen hutang puluhan juta ringgit dengannya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Aliff mendedahkan bapa kepada ikon fesyen berhutang dengannya sebanyak puluhan juta ringgit.

Meluahkan rasa bengang, Aliff memberi amaran kepada individu tersebut supaya menyelesaikan perkara itu sebelum berakhirnya bulan ini.

Jika ingkar, usahawan itu akan mengambil tindakan selanjutnya dan mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain