suria

Mawar Rashid kena buli siber sejak awal jadi artis, nasihat cari bantuan profesional jika tertekan

Pengalaman jadi mangsa buli siber buat mawar lebih berhati-hati.

KEBELAKANGAN ini kes buli siber menjadi topik bualan dalam kalangan anak seni sehingga ramai yang mendedahkan pernah menjadi mangsa apabila menerima banyak ugutan dan kecaman di media sosial.

Salah seorangnya ialah Mawar Rashid yang turut mengakui pernah berdepan dengan situasi sebegitu sejak awal kemunculan dalam dunia lakonan.

Biarpun ia bukan satu yang mudah untuk diterima, Mawar atau Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid, 30, bagaimanapun kuat berdepan kecaman sehingga kembali bangkit dan meneruskan kariernya.

mawar 22

Mawar cari jalan terbaik berdepan kes buli siber.

"Awal-lagi berlakon dah banyak kes buli siber yang saya lalui. Ia bukan mudah dan amat berat untuk saya lalui.

"Ketika itu sokongan keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya bangkit. Dalam masa sama saya percaya bahawa saya boleh berdepan perkara begitu," katanya.

Kata Mawar lagi, disebabkan pengalaman lalu itu juga membuatkan Mawar lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di sosial media.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid enggan cakap tentang bekas suami, fokus besarkan 3 anak dalam suasana positif

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ambil masa 6 bulan kembali bangkit, Mawar Rashid pernah fikir hilangkan diri selepas cerai

Malah, dia lebih berhati-hati membuat sebarang hantaran yang boleh menimbulkan salah faham sekali gus mengundang kecaman atau perbalahan dalam kalangan pengikut.

"Apabila melalui perkara ini kita perlu ada kesedaran tentang isu yang berlaku. Saya hanya cuba pulihkan diri sendiri ketika berdepan situasi begitu.

"Sebab itu sekarang ini saya tidak banyak bercakap di sosial media untuk melindungi privasi. Saya tidak akan kongsi apa-apa yang boleh menimbulkan isu," ujarnya.

mawar 33

Mawar nasihat jangan berdiam jika kena buli.

Berkongsi nasihat, Mawar berkata mereka yang berdepan perkara sama perlu mendapatkan nasihat pakar sekiranya kes buli siber ini memberi kesan mendalam pada diri sendiri.

"Saya pun bukanlah orang yang layak nak kongsi tips. Cuma kalau terlalu sukar berdepan kes ini carilah bantuan profesional.

"Jika kita mahu kongsi di sosial media berfikirlah terlebih dahulu. Sekiranmya terjadi buli siber jangan simpan dalam hati, kena cari jalan luahkan dan pastikan diri sentiasa dalam keadaan baik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain