suria

Konsert Su:Home ubat rindu peminat, Suho menitis air mata janji datang KL lagi beraksi bersama ahli EXO

Suho sempat mengalirkan air mata ketika menyampaikan lagu EXO.

MERIAH! Itulah yang boleh digambarkan sepanjang berlangsungnya Konsert Suho 'Su:Home' yang dihadiri oleh lebih 2,000 peminat di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad.

Menampilkan sisi berbeza tidak seperti ketika berada bersama kumpulan EXO, nyanyian dan persembahan Suho kali ini dilihat lebih menyerlah selepas memilih jalan untuk bergerak secara solo.

Sepanjang lebih dua jam konsert, Suho menunjukkan kemampuan vokalnya sehingga mampu meruntun jiwa peminat yang hadir menyaksikan persembahannya.

Ini terbukti selepas dia berjaya membawakan lagu jiwang seperti Grey Suit dengan begitu baik, membuktikan Suho mampu bergerak solo tanpa sokongan daripada anggota EXO lain.

Copy of Untitled - 2024-07-29T163156.833

Suho memukau penonton dengan kehebatan vokalnya.

Malah lagu rancak seperti May Day juga dibawa dengan begitu baik dan tidak boleh dipertikaikan oleh penonton.

Selain seleksi lagu popular, Suho juga berjaya membuatkan peminat yang menggelarkan diri mereka EXO-L terpegun dengan kecekapannya memetik gitar dan bass.

Pada malam itu, Suho menyampaikan 21 lagu antaranya Cheese, Wishful Thingking, Zero Gravity, Moonlight dan Moment.

Pentas juga tidak sunyi apabila Suho begitu ramah berinteraksi bersama peminat.

ARTIKEL BERKAIATAN: B.I langgar ‘protokol’ sebagai bintang kpop, turun pentas dekati peminat... Janji kembali ke Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAIATAN: Penantian 11 tahun berbaloi, persembahan 3 jam Ailee sarat emosi

Meskipun perlu menggunakan khidmat jurubahasa, namun penyanyi ini masih mampu bergurau senda dan mengusik penonton yang hadir.

Kata Suho, kemunculan secara solo ini sedikit sebanyak mengubati rindu buat peminatnya memandangkan kali terakhir dia datang ke Malaysia pada 2016 bersama kumpulannya.

"Saya dah lama tak berjumpa kamu semua, akhirnya setelah sekian lama kita berjumpa semula!" katanya.

Copy of Untitled - 2024-07-29T163502.931

Suho turun ke pentas untuk menyapa peminat.

Pelbagai kejutan dibuat, antaranya Suho menyediakan satu slot khas untuk dia mempersembahkan beberapa buah lagu EXO termasuklah Growl, Overdose dan Monster.

Ketika menyampaikan lagu The First Snow, penyanyi itu dilihat sempat mengalirkan air mata dek rindu terlalu rindu untuk beraksi bersama kumpulannya.

Suho berjanji kepada EXO-L yang dia akan membawa semua anggota kumpulannya kembali ke Malaysia.

Copy of Untitled - 2024-07-29T162947.888

Pelbagai aksi ditunjukkan Suho demi peminatnya.

"Saya rindu nak menyanyi dan menari dengan semua ahli EXO semula. Oleh itu, saya janji dengan anda semua untuk kembali ke Malaysia sebagai satu kumpulan. Anda semua boleh pegang janji ini!" jelasnya.

Bukan itu sahaja, Suho menambahkan keterujaan peminat apabila dia bertindak turun ke bahagian tempat duduk penonton untuk menyapa peminat.

Ini membuatkan semua penonton meluru mendekati Suho bagi merakam momen istimewa berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain