suria

Peminat risau minum teh tak baik untuk kandungan, Intan Najuwa tahu jaga kesihatan cuma penuhi selera mengidam

Intan meminta peminat berhenti menegur pilihan makanannya.

SUDAH menjadi lumrah setiap ibu mengandung pasti akan melalui fasa alahan dan mengidam.

Begitu juga dengan pelakon Datin Intan Najuwa yang turut berdepan proses sama seperti ibu hamil yang lain.

Terbaharu Intan dilihat begitu menggemari minuman teh susu daripada sebuah jenama dari Thailand.

Copy of Untitled - 2024-07-29T120211.501

Intan berasa kurang senang apabila ada menegur dirinya.

Perkongsian Intan itu bagaimanapun mengundang kebimbangan peminat yang risau jika kandungan pewarna dalam minuman itu boleh memudaratkan kesihatan ibu mengandung.

Menjawab mesej dihantar peminat itu, Intan berkata dia masih mengambil berat mengenai pemakanan dan sering mendapatkan nasihat doktor.

Katanya lagi, minuman itu bukanlah selalu dinikmati dan hanya sekadar ingin memenuhi seleranya ketika mengidam ini.

"Saya tahu jaga kesihatan saya, saya pun selalu dapatkan doctor dan keluarga. Saya pun makan secara sihat cuma nak rasa sesuatu yang lain sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk alahan hamil anak pertama... Intan Najuwa tak boleh bau kuda, nak muntah tengok pasu dan langsir di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bertiga, Intan Najuwa hamil anak sulung

"Lagipun saya jarang minum air teh macam itu, saya cuma minum bila saya nak sahaja.

"Biarkanlah saya penuhi apa yang mengidam, kadang-kadang kita nak juga rasa apa yang kita biasa makan atau minum," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin.

Dalam pada itu, pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang prihatin dengan keadaan dirinya.

Namun dalam masa sama dia meminta mereka tidak memberikan komen terhadap apa jua makanan yang dinikmati sepanjang tempoh hamil ini.

Copy of Untitled - 2024-07-29T120024.061

Intan mengumumkan dirinya hamil anak pertama pada 18 Julai lalu.

"Terima kasih kerana ambil berat tapi biarkan kami ibu mengandung ini makan apa yang kami nak. No need to be a buzzkill" jelasnya.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

Intan sebelum ini berkongsi khabar gembira dia sedang hamil anak pertama pada 18 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain