suria

Tunjuk video buat ‘pull up’, Hafiz Suip nak sepak individu tuduh ambil barang terlarang

Hafiz bengang apabila dituduh ambil barang terlarang.

BENGANG dituduh mengambil bahan terlarang, penyanyi Hafiz Suip berkongsi video dia melakukan senaman pull up di aplikasi TikTok.

Menerusi ruangan kapsyen, Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, meluahkan rasa kurang senang apabila menerima tanggapan buruk netizen berkait perubahan fizikal pada dirinya yang dilihat semakin kurus.

"Mana mat pet yang cakap aku hisap batu (dadah) tu? Izinkan aku sepak muka korang sorang-sorang boleh?" tulisnya.

size NP 1 - 2024-07-29T123709.478

Hafiz bengang dengan netizen yang menuduh dirinya ambil barang terlarang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat buat penyanyi Awan Nano itu untuk kembali bangkit dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

"Pedulikan apa orang cakap, yang penting move on, buktikan yang Hafiz tak seperti apa mereka katakana, teruskan semangat ya.

"Dugaan dunia buat Hafiz, jalan terus janji kita ada Allah dalam dada. Minat awak sejak zaman Akademi Fantasia.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip luah rindu anak-anak, kapsyen ‘goyah ke tu?’ undang spekulasi peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat minta kembali aktif sebagai penyanyi, Hafiz Suip kata dia sudah tak relevan

"Abaikan apa orang kata, Semoga terus maju ke hadapan," tulis netizen di ruangan komen.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul pada Konsert By Ajai & Mega Friends yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain