SERING dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan rakan penyanyi Afieq Shazwan, Wani Kayrie hanya mampu mengaminkan doa dititpkan peminat buat mereka berdua. Wani atau Syazwani Abdullah, 24, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai perkara baik walaupun menganggap Afieq sekadar rakan baik. "Apabila orang doakan perkara yang baik-baik sudah tentu saya aminkan sahaja sebab kami berdua pun sudah lama kenal. "Tapi tidaklah sampai kami merancang untuk ke arah seterusnya... Untuk buat keputusan bila hendak berkahwin atau dengan siapa itu memang tiada. Wani menjelaskan hubungannya dengan Afieq sekadar sahabat baik. "Jodoh itu ditangan Allah, apabila ada orang doakan saya aminkan," katanya kepada mStar. Bercakap mengenai persahabatannya dengan Afieq, Wani berkata dia selesa berkawan dengan penyanyi itu malah sering berkongsi cerita atau masalah dengannya. Kata Wani, keperibadian Afieq seperti seorang abang membuatkan dia selesa berkongsi pelbagai perkara dengan penyanyi tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bertepuk tangan dengan penyanyi baharu, Hawa Rizwana mohon maaf khilaf soal pergaulan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Teruk Hawa Rizwana kena hentam isu berpakaian ketat, ‘angle’ gambar punca nampak seksi "Kami banyak berkongsi cerita dan tahu susah senang masing-masing. "Afieq tiga tahun lebih berusia daripada saya, sampai kadang-kdang saya anggap dia macam abang tapi lebih kepada kawan baik. "Kalau ditakdirkan Afieq bertemu dengan orang lain sekali pun, saya sebagai sahabat tumpang gembira dan akan sentiasa mendoakannya," ujarnya. Wani (paling kanan) dan Afieq (paling kiri) sempat menghadiri majlis pernikahan rakan baik mereka iaitu Sarah Suhairi dan Aswad. Sementara itu, Wani berkata, dia tidak terburu-buru mahu menamatkan zaman bujang kerana mempunyai pelbagai komitmen terhadap diri sendiri serta keluarga. "Sudah tentu semua orang ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama pasangan. "Tapi saya tak terkejar-kejar ke arah itu walaupun ramai kawan-kawan sudah berkahwin. "Saya mempunyai banyak komitmen lain terhadap diri sendiri terutamanya keluarga... Kadang-kadang sabar itu lebih indah," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!