suria

“Dah tua-tua pun main TikTok” - Netizen kecam perkara betul, Norlia Ghani tetap buat ‘live’ macam biasa

Norlia sabar dikecam netizen, anggap itu perkara biasa.

NIAT mendekatkan diri dengan peminat generasi muda di TikTok nampaknya tidak diterima baik apabila pelakon veteran Norlia Ghani dikecam hebat netizen.

Sedar akan perkara itu, Norlia, 76, berkata, pelbagai kecaman termasuk dikutuk tidak sesuai bergiat aktif di laman sosial itu kerana dia sudah tua.

Norlia bagaimanapun tidak mengendahkan kecaman dilemparkan terhadapnya dan terus melakukan video siaran langsung di TikTok seperti kebiasaan.

NP-129

Norlia tak ambil hati kecaman netizen terhadapnya.

“Perkara toksik itu biasalah. Saya buat tak tahu saja.

“Mereka cakap dah tua-tua pun nak main TikTok! Apa mereka komen jangan dibalas, ‘jalan’ saja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Norlia berkata, dia langsung tidak mengambil hati apa yang diperkatakan netizen tentangnya.

Kata Norlia, dia seorang yang berfikiran terbuka dan menganggap kecaman sebagai perkara remeh.

“Nak terasa buat apa? Saya memang dah tua.

ARTIKEL BERKAITAN: Norlia Ghani tak campur urusan rumah tangga Rusdi Ramli, cuma pesan utamakan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Norlia Ghani Tiada Sahabat Artis

“Lagipun saya seorang yang berfikiran terbuka, jadi saya tak kisah dan terima sahaja komen netizen,” jelasnya.

Sementara itu, Norlia memberitahu sudah setahun dia tidak menerima tawaran berlakon yang mungkin disebabkan faktor usianya.

Situasi itu turut menyebabkan dia terputus hubungan dengan banyak pihak termasuk kenalan rapat yang biasanya bertemu di set penggambaran.

“Setahun juga tiada tawaran berlakon, mungkin faktor usia dan ramai pelakon lain lebih layak.

NP-128

Norlia antara penerima sumbangan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis.

“Ada juga kawan-kawan dah mula lupakan saya tetapi saya anggap itu lumrah kehidupan.

“Saya tak kecil hati dan anggap itu semua bukan rezeki saya. Jadi tiadalah perasaan nak marah atau berdendam dengan orang lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Norlia antara penerima sumbangan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis sebanyak RM5,000 dan tajaan tunaikan umrah daripada Lembaga Zakat Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain