suria

Pelakon ‘Abang Adik’ rangkul 2 trofi utama MGGA 2024

Filem Abang Adik buktikan kemampuan dengan dua pelakon lelakinya berjaya merangkul anugerah pada MGGA 2024.

FILEM Abang Adik berjaya merangkul dua trofi utama di Anugerah Global Emas Malaysia (MGGA) 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri pada malam Sabtu.

Karya yang mengangkat tentang hubungan di antara dua anak yatim tanpa pertalian darah itu membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Kangren Wu dari Taiwan, manakala anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik milik Jack Tan dari Malaysia.

NP-121

Filem Abang Adik menang dua anugerah utama.

Filem arahan pengarah Jin Ong itu mengisahkan seorang Abang (Kangren Wu), yang pekak dan bisu serta Adi (Jack Tan).

Dua watak itu dibesarkan di bawah jagaan jiran mereka iaitu Kakak Money (Tan Kim Wang) yang memastikan kelangsungan hidup kedua-dua anak yatim itu terbela.

MGGA 2024, yang diadakan sebagai sebahagian daripada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) edisi ketujuh, turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tapisan tayangan di Netflix, Jack Tan jawab babak seks dalam ‘Abang Adik’

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! ‘Tiger Stripes’ catat sejarah filem Malaysia pertama menang anugerah di Cannes

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik pelakon dari Jerman iaitu Aenne Schwarz untuk lakonannya dalam Every You, Every Me, manakala anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi pelakon China, You Junfen untuk peranannya dalam The Great Phuket.

Dalam pada itu, Anugerah Filem Terbaik dimenangi oleh Every You, Every Me yang diarahkan oleh Michael Fetter Nathansky.

Bagi Anugerah Pengarah Terbaik pula dikongsi oleh pengarah Iran Alireza Ghasemi dan Raha Amirfazli untuk filem mereka In The Land of Brothers.

NP-122

Filem Abang Adik harumkan nama Malaysia.

Sementara itu, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat MIFFest diberikan kepada pembikin filem terkenal Jepun, Hirokazu Kore-eda dan pelakon serta pengarah Indonesia Christine Hakim.

Pelakon, penyanyi dan pengarah berasal dari Hong Kong, Nick Cheung pula menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Filem.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain