suria

Bertemu manusia ‘tak guna’ antara dugaan Shila Amzah, Ubai jodoh tepat pada waktunya

SEBELUM bertemu jodoh dengan pempengaruh media sosial iaitu Ubai, penyanyi Shila Amzah memberitahu pernah berjumpa dengan pelbagai manusia yang disifatkan sebagai tidak guna.

Tiada sebarang penyesalan, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, sebaliknya menyifatkan pengalaman hidup sebelum ini banyak mengajarnya menjadi manusia lebih baik dan matang.

Malah Shila meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Ubai yang disifatkan sebagai jodoh yang tepat pada waktunya.

Copy of Untitled - 2024-07-28T122445.622

Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Ahad.

"Saya terpaksa tempuh macam-macam cabaran hidup. Berjumpa dengan manusia 'tak guna' sebelum bertemu dengan Ubai.

"Syukur Alhamdulillah atas pengalaman yang mendewasakan ini. Jika itulah (cabaran) yang saya kena hadap untuk jadikan diri saya sekarang, saya langsung tak menyesal," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di InstaStory ketika menjawab soalan dari pengikut pada Ahad.

Dalam pada itu, Shila secara berseloroh berharap dapat bertemu Ubai atau atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, lebih awal namun kerana jarak usia mereka yang agak jauh tidak memungkinkan perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai gementar nak mengurat Shila Amzah, teka-teki berjaya tambat hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai banyak luang masa dengan anak lelaki, Shila Amzah puji suami proaktif sebagai ‘bapa sambung’

"Saya pernah berharap dapat jumpa dia lebih awal tapi Ubai lapan tahun lebih muda daripada saya.

"Awal sangat pun tak boleh! Masa saya di China pada 2013, dia baru masuk sekolah menengah!," katanya.

Sementara itu, Shila turut sempat mengingatkan yang setiap ujian yang datang pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

"Siapa yang tengah melalui liku-liku hidup percaya ia bukan selamanya, satu keputusan besar yang kita buat, boleh ubah jalan cerita hidup di kemudian hari," kongsinya.

Copy of Untitled - 2024-07-28T122355.625

Shila pernah berharap dipertemukan jodoh lebih awal bersama Ubai.

Untuk rekod, Shila berkahwin dengan Ubai pada 5 Ogos 2023 dan penyanyi itu baru sahaja bersalin anak perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Sebelum ini, Shila pernah mendikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain