suria

“Saya salahkan diri sendiri” - Zaman ‘gelap’ ubah hidup Yassin Yahya, ada sebab masih setia bersama Senario 

Yassin anggap kisah silam lamanya adalah ujian untuk dia menjadi manusia lebih baik.

NAMA pelawak Yassin Yahya tidak asing lagi dalam dunia komedi di Malaysia lebih-lebih lagi ketika dia menganggotai kumpulan popular era 90-an Senario.

Keletahnya yang bersahaja membuatkan Yassin, 46, meniti populariti dalam kalangan peminat terutamanya golongan kanak-kanak.

Bakatnya juga menjadikan Yassin antara salah seorang pelawak yang masih kekal bertahan sehingga ke hari ini.

Namun seperti kebanyakan kisah figura yang berjaya dalam karier mereka, Yassin juga tidak terlepas dengan beberapa ujian sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

NP-111

Yassin anggap segala yang berlaku ada hikmah tersendiri.

Ini termasuk kes membabitkan penyalahgunaan dadah serta pergaduhan yang sedikit sebanyak mencalar imejnya di mata peminat.

Enggan mengenang kisah lalu, Yassin menganggap apa yang terjadi sebelum ini sebagai takdir yang sudah tertulis.

Pun begitu katanya, pengalaman pahit itu juga menyedarkan dia untuk menjadi insan lebih matang dan menampuh fasa seterus kehidupannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yassin Ditahan Positif Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Yassin Senario cerita punca dicekup polis, terpaksa tidur lokap sebab tolong orang

"Saya bersyukur kesilapan lama saya dahulu berlaku pada usia muda, kalau sekarang mungkin saya lebih teruk.

"Apa pun berlaku, saya tak pernah berputus asa dalam kehidupan sebab saya percaya Allah uji seseorang itu untuk mengangkat darjat hamba-Nya.

"Kalau nak kongsi kisah lama saya tu rasanya sudah boleh dijadikan sebuah dokumentari tapi saya pun tak mahu lagi ingat sebab yang penting diri saya sekarang dan masa depan," katanya kepada mStar.

Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan apa yang jadi sebelum ini.

YASSIN YAHYA

PELAWAK

Tidak menyalahkan sesiapa atas perbuatan dan sikapnya sebelum ini, Yassin sebaliknya sedar dia hanya boleh meletakkan semua kesalahan itu pada diri sendiri.

Perkara itu juga kata Yassin membuatkan dia sedar kerana tidak boleh bergantung harap kepada pihak lain untuk berubah melainkan datang daripada dirinya.

“Memang tidak dapat lari daripada ujian, tidak berimanlah kamu selagi kamu tidak diuji.

Senario (behind L to R)- Mazlan and Wahid.  (Infront row  L to R) - Azlee and Yassin has just released their third album Seantero and second film - Senario Lagi.

Yassin sangat menghormati ahli-ahli Senario.

“Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan apa yang jadi sebelum ini. Saya salahkan diri sendiri, itu nasihat ibu saya yang saya pegang sampai sekarang.” ujarnya.

Sementara itu, lebih dua dekad dalam industri seni, Yassin berkata menyertai kumpulan Senario adalah keputusan terbaik yang pernah dilakukan sepanjang kariernya.

Kata Yassin, bersama semua anggota kumpulan itu banyak mengajarnya tentang erti kemaafan dalam persahabatan sehingga membuatkan mereka mampu bersatu sehingga ke hari ini.

Yassin

Yassin mahu memberi fokus kepada masa depan dan bukannya kisah silamnya.

Disebabkan perkara itu, peminat sentiasa dapat melihat mereka bekerja dengan ikhlas kerana setiap kali tampil bersama tiada perasaan kurang enak di antara mereka semua.

"Momen-momen bersama dengan Senario tidak akan saya lupakan. Sehingga hari ini tiada istilah kami bergaduh.

"Sebab kami sudah dididik dari dulu supaya sentiasa memaafkan antara satu sama lain sebelum melakukan kerja baharu.

"Apatah lagi bergaduh, kalau bergaduh pun tak lama sebab kami sudah seperti adik beradik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain