suria

Netizen tegur haram sentuh anjing, Ben Amir perjelas peneman ke Everest Base Camp

Perkongsian Ben menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat.

PERKONGSIAN pelakon Ben Amir memegang anjing menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.

Tampil memberi penjelasan, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 34, memberitahu anjing tersebut merupakan haiwan penjaga perjalanannya sepanjang misi mendaki ke Everest Base Camp.

"Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami.

ben 2

Ben kini dalam misi mendaki Everest Base Camp.

"Di sini ada snow leopard kau tahu tak? Aku sayang dia sebab dia jaga kami. Kau sibuk nak haramkan macam tiada otak," katanya.

Ben menulis perkara tersebut di Insta Story miliknya pada Ahad.

Sebelum itu dia juga memuat naik gambar bersama anjing yang dikatakn menjadi pelindung daripada ancaman binatang buas seperti harimau kumbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan paksaan sesiapa, Ben Amir rela korban rambut panjang demi ‘Bawah Payung Awan’

ARTIKEL BERKAITAN: Kriteria bakal isteri Ben Amir tak susah, kena pandai masak ayam merah

"Kepada yang tidak tahu apa itu snow leopard... kalau dia baham kau selamat jalanlah ke alam lain.

"Anjing ini menemani kami sejak hari pertama. Melindungi dan pastikan laluan selamat daripada haiwan pemangsa.

“Kalau anda tak suka anjing kita tidak boleh berkawan," ujarnya.

ben 3

Ben berkongsi gambar dengan permandangan indah sepanjang pendakian.

Bagaimanapun hantaran Ben juga dalam masa sama mendapat sokongan ramai peminat yang tidak sabar menantikan hari terakhir dia sampai di puncak gunung.

Ben kini dalam perjalanan mendaki ke Everest Base Camp dan dia dilihat tiba di Lapangan Terbang Lukla, Nepal pada Ahad lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain