PENYANYI Hasif Upin meluahkan rasa kecewa terhadap seorang rakan artis yang didakwa menyebarkan cerita buruk tentangnya. Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, berkata disebabkan itu dia pernah kehilangan tawaran kerja disebabkan ada pihak termakan dengan kata-kata artis berkenaan. "Saya pun tak tahu kenapa dia nak buat begitu. Apabila saya diberi tawaran kerja mulalah dia bercakap buruk tentang saya. Katanya saya ini tidak profesional dan tak layak diberi tawaran. Luahan Hasif di Instagram. "Mujurlah ada juga pihak masih percaya dengan saya namun disebabkan mulut dia juga saya pernah terlepas dua tawaran kerja," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Hasif sebelum itu berkongsi luahan tersebut di Instagarm miliknya. Tambah penyanyi ini dia mula mengetahui akan perbuatan rakannya itu sejak sebulan lalu dan mempunyai bukti perbuatannya. ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin tak melatah lakonan gagal beri impak, anggap proses belajar ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hasif Upin dah fikir mati, menggigil berdepan gempa bumi sehari sebelum penggambaran ‘Paku Tanah Jawa’ "Selepas tahu kisah ini, saya lebih banyak bersabar dan mendiamkan diri. Tetapi susah juga nak simpan rasa marah. Kalau jumpa depan-depan rasa nak tumbuk. "Saya ada bukti dia bercakap buruk tentang saya. Ada pihak lain kongsi screenshot dan benar itu adalah nombor telefon dia. "Tak sangka dia sanggup buat begini. Kami sudah kenal lama. Malah ketika dia pernah menyertai sebuah program realiti saya banyak bantu dari segi undian," ujarnya. Kalau jumpa depan-depan rasa nak tumbuk HASIF UPIN PENYANYI Dalam masa sama Hasif juga pelik dengan sikap penyanyi lelaki tersebut yang berlagak seperti tiada sebarang masalah di antara mereka. Hasid juga sedia bersemuka dengan ‘rakannya’ itu bagi mengetahui kisah sebenar dan menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin wujud tanpa pengetahuannya. "Dia dah banyak kali follow dan unfollow saya di Instagram. Bila saya block nombor telefon, dia ada bertanya. Pelik sebab dia rasa seperti tidak bersalah. Hasif kecewa rakan baik cuba tutup periuk nasinya. "Kalau ada peluang saya mahu bersemuka dan selesaikan masalah ini. “Tapi dalam masa sama ada juga rasa kekok sebab kami dah kenal lima tahun," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!