PENYANYI rap MK seolah-olah mengesahkan berita isterinya iaitu Siti Hajaar kini sedang hamil anak sulung mereka. Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan namun tindakan MK atau Muhammad Hairi Amin, 28, mencium perut isterinya memberi bayangan tentang berita gembira tersebut. Malah di penghujung video yang dimuat naik di Instagram miliknya itu turut memaparkan Hajaar sedang memegang perut yang jelas menampakkan 'baby bump'. Video yang dikongsi MK di sosial media. MK berkongsi perkara tersebut dalam video sempena ulang tahun kelahirannya yang turut memaparkan perjalanan kerjaya seni termasuk orang-orang terdekat yang disayangi. "Alhamdulillah untuk semua nikmat-Mu Ya Allah. Nikmat tidak terhingga. Selamanya bersyukur," katanya. Sebelum ini MK beberapa kali cuba mengelak apabila ditanyakan tentang keadaan isteri yang sedang hamil. ARTIKEL BERKAITAN: Kunci mulut isteri hamil, MK hanya mohon doa... Teruja tahun pertama Ramadan sebagai suami ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique jaga privasi, ada sebab enggan terlalu awal kongsi berita kehamilan isteri Dalam beberapa sesi temu bual bersama media, dia hanya meminta agar orang ramai terus mendoakan mereka berdua. Desas-desus kehamilan Hajaar mula menjadi bualan selepas ramai peminat ternampak perubahan fizikal padanya. Untuk rekod MK dan Hajaar bernikah pada 16 Jun tahun lalu di Ampang, Selangor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!