suria

Dituduh tak jaga perasaan bekas isteri suami, Tash Yong ada hak tayang kebahagiaan

Tash Yong melahirkan anak pertama pada 15 Julai lalu.

PELAKON Tash Yong tidak akan berhenti berkongsi berita gembira yang berlaku dalam kehidupannya hanya untuk menjaga hati orang lain.

Tash atau Nur Natasha Shazila Rosli, 34, sebaliknya berkata, dia mempunyai hak berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam kehidupannya di media sosial.

"Saya ada hak berkongsi perjalanan hidup saya. Dah anak kita, takkan kita tak mahu kongsi berita gembira ini?

Tash Yong berkongsi kelahiran anak pertama di media sosial.

Tash Yong berkongsi kelahiran anak pertama di media sosial.

"Dalam video itu saya hanya berkongsi bagaimana keadaan saya di dalam bilik pembedahan, bagaimana anak saya diazankan dan berkongsi nama anak," katanya ketika dihubungi mStar.

Tash berkongsi perkara itu sebagai menjawab dakwaan netizen kononnya dia tidak menjaga hati bekas isteri suaminya iaitu pempengaruh media sosial Cikpiah.

Ada mendakwa perkongsian itu seolah-olah sengaja mahu menyakitkan hati Cikpiah yang sebelum ini sering bersuara tentang bekas suaminya iaitu Azlee Abd Aziz atau Bosskay tidak pernah menjenguk anak lelaki mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tash Yong selamat bersalin bayi lelaki, Boss Kay paling teruja dapat teman isteri sepanjang proses kelahiran

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya takut dirakam, kena provoke"... Boss Kay jauhkan diri daripada bekas isteri sebab bimbang jadi 'content'

Dalam pada itu, Tash berharap Cikpia dapat meneruskan kehidupannya kerana setiap perkongsiannya selepas ini pasti akan mendatangkan rasa kurang senang terhadapnya.

Tash juga berharap agar Cikpia tidak lagi mengaitkan isu anak-anak dan cuba mencari jalan damai bagi menamatkan persengketaan yang masih belum berakhir.

"Kalau dia tak 'move on', apa sahaja saya kongsi di media sosial memang akan buat dia tak tenang.

"Ini kehidupan saya, jangan hanya kerana nak jaga hati dia yang asyik memfitnah kami saya tak boleh kongsi kehidupan saya sendiri?," ujarnya.

Tash Yong dan suami mahu menyelesaikan kemelut yang melanda dengan baik.

Tash Yong dan suami mahu menyelesaikan kemelut yang melanda dengan baik.

Sebelum ini, Bosskay pernah mendirikan rumah tangga dengan Cikpia atau Nursufia Johari serta seorang wanita dikenali sebagai Noorani namun menceraikan mereka pada Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua mereka, Bosskay dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

Bosskay kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Tash pada 8 April 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 15 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia