suria

Impian mengarah ‘sifu’ terlaksana, Issey kagum magis Sabri Yunus

Issey teruja dapat mengarahkan drama lakonan Sabri (kiri).

HASRAT penyampai radio Issey Fazlisham bekerjasama dengan Sabri Yunus akhirnya tercapai apabila berpeluang mengarahkan pelakon tersohor itu menerusi drama Perang Nasi Dagang.

Kata Issey atau Fazlisham Mat Husin, 36, dia menganggap peluang itu sebagai penghormatan memandangkan Sabri pernah bertindak sebagai mentornya ketika menyertai program Bintang Mencari Bintang pada 2013.

Menurut Issey, tidak sukar untuk mengarahkan pelakon berkenaan kerana Sabri mampu mengolah watak dan skrip yang diberikan dengan cemerelang.

553 (2)

Sabri merupakan mentor kepada Issey.

"Saya nak sangat mengarahkan drama lakonan Sabri sebab dia adalah 'sifu' saya yang bertanggungjawab membawa saya masuk ke dalam industri hiburan.

"Sabri seorang pelakon berkaliber terutamanya dalam olahan skrip dan watak diberikan kepadanya.

"Saya hanya perlu beritahu apa yang saya mahu dan selebihnya dia akan menggunakan magisnya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan dan Issey serasi sebagai pengarah, berjaya siap ‘Heistdilfitri’ dalam tempoh 3 minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Issey masih ingat insiden hampir jadi mangsa langgar kereta, trauma masuk kedai kucing

Bercakap mengenai Perang Nasi Dagang, Issey memberitahu dia memilih pelakon asal Kelantan dan Terengganu bagi menyesuaikan dialog dengan lebih baik.

Kata Issey, walaupun skrip dibuat sepenuhnya dalam bahasa Melayu namun semua pelakon mengolahnya mengikut dialek negeri masing-masing.

"Kalau ambil pelakon memang asal Pantai Timur, memang tak ada masalah dialog sebab mereka semua fasih dialek Kelantan dan Terengganu.

Saya nak sangat mengarahkan drama lakonan Sabri sebab dia adalah 'sifu' saya.

SABRI YUNUS

PELAKON

"Memanglah berlakon itu asasnya sama tetapi untuk melakonkan watak orang Terengganu dan Kelatan ni perlukan orang yang betul-betul mahir berdialek Pantai Timur baru bunyinya lebih sedap," ujarnya.

Perang Nasi Dagang menceritakan tentang perbalahan makanan tradisi Pantai Timur iaitu Nasi Dagang yang terkenal di Kelantan dan Terengganu.

Kedai Nasi Dagang Sek Kito dari Kelantan dikendalikan oleh Stopa manakala Kedai Nasi Dagang Sek Kiter dari Terengganu dimiliki Daniel.

issey - 1

Issey merupakan pengarah drama Perang Nasi Dagang.

Kisah dua pemilik kedai ini bukan hanya menceritakan tentang makanan tetapi turut membabitkan persahabatan, keluarga dan semangat bersaing.

Selain Sabri, Perang Nasi Dagang turut dibintangi oleh Nora Danish, Kimal Mokhtar, Adrina Kamaruddin, Issey, Mek Yun dan ramai lagi.

Drama tersebut disiarkan di saluran Astro Warna pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia