suria

Uqasha Senrose sudah jarang lepak bersama kawan-kawan, baru sedar ‘struggle’ keluar berdua dengan anak

Uqasha kongsi pengalaman selepas bergelar ibu.

SEJAK bergelar seorang ibu sejak tiga bulan lalu, pelakon Uqasha Senrose banyak menolak pelawaan rakan-rakan untuk keluar bersama.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, berkata, bukan mudah untuk keluar berdua bersama bayi lebih-lebih lagi tidak ditemani suami atau pembantu.

"Masya-Allah struggle betul nak keluar dengan anak seorang diri. Disebabkan itu bila orang ajak keluar selalu fikir berjuta kali," katanya.

Perkongsian Uqasha yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Uqasha yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat.

Tidak hanya itu, Uqasha memberitahu dia juga memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persiapan sebelum keluar rumah.

Ini termasuk membuat persiapan membawa banyak barang termasuk dua buah beg hanya untuk keperluan barangan bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Assalamualaikum Uqaira... Uqasha Senrose selamat bersalin bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose tiada alahan sejak hamil, cuma mudah demam dan selesema

"Ini saya kuatkan diri juga perlahan-lahan siapkan Uqaira kemudian bersiap untuk diri sendiri.

"Masuk kereta dah mengah (penat). Mana nak bawa barang anak, beg dia sahaja dah dua, tak masuk lagi beg tangan saya.

"Penat sangat tapi berjaya keluar dengan anak," ujarnya.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia