suria

Ekspresi ghairah babak ‘nasi kangkang’ kena kecam, Dayang Areeda selar netizen otak kuning - “Mereka sajalah jadi pengarah”

Dayang selar netizen yang mendakwa lakonannya bagi menjayakan babak nasi kangkang sebagai berlebihan.

PELAKON Dayang Areeda menyifatkan penonton yang membangkitkan isu babak 'nasi kangkang' lakonannya menerusi drama bersiri Terjerat sebagai otak kuning.

Areeda atau Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 30, menjelaskan dia tidak melihat sebarang aksi melampau ketika melakonkan babak itu sebaliknya hanya menzahirkan wataknya atas permintaan pengarah.

"Saya pun tak faham dengan netizen ini kadang-kadang, otak mereka yang 'kuning' suka fikir yang bukan-bukan.

NP-105

Antara komen kecaman yang diterima Dayang mengenai babak nasi kangkangnya.

"Kalau ikut logik benda itu panas dan berwap diletakkan di bawah alat sulit. Saya cuma berikan ekspresi ketika itu macam mana nak tundukkan suami.

"Kalau mereka rasa ia berlebihan, mereka sahajalah jadi pengarah saya sebab saya pelakon yang ikut arahan pengarah," katanya ketika dihubungi mStar.

Areeda menjelaskan perkara itu sebagai menjawab kritikan netizen yang mendakwa ekspresi wajah ghairah ketika melakonkan babak itu sebagai tidak bersesuaian sehingga dia menjadi sasaran kecaman netizen.

Dalam pada itu, Areeda tidak kisah jika dilihat lantang bersuara terhadap netizen kerana merasakan perlu bersikap tegas terhadap kecaman melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Areeda sorok hubungan cinta kerana mahu jaga hati keluarga... Bimbang kekasih tak biasa dunia hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta kerja pejabat, tapi tiba-tiba jadi artis” - Dayang Areeda

Malah dia berani bersemuka dengan mereka yang tidak berpuas hati dengannya kerana kebanyakan yang mengkritik dirinya berselindung di sebalik akaun palsu.

"Saya pun manusia biasa, takkan saya nak berdiam diri kalau orang hentam saya secara melampau?

"Ada perkara memang saya akan 'lawan' tapi secara halus seperti sindiran. Lagipun kebanyakan yang mengecam saya menggunakan akaun palsu tapi tak berani tonjolkan diri.

"Kalau berani jumpa dan cakap depan muka saya," ujarnya.

Saya pun tak faham dengan netizen ini kadang-kadang, otak mereka yang 'kuning' suka fikir yang bukan-bukan.

DAYANG AREEDA

PELAKON

Sementara itu, Areeda juga berharap penonton bersikap adil dan tidak mengheret orang lain hanya kerana drama tersebut dibintangi dua pelakon kontroversi iaitu Ruhainies dan Aliff Aziz.

Kata Areeda, dia berharap penonton tidak terbawa-bawa dengan perasaan marah terhadap dua pelakon itu kerana masih banyak pihak terlibat dalam menjayakan drama tersebut.

"Bukan hanya Aliff dan Ruhainies sahaja yang berlakon tapi ramai lagi artis dan kru terlibat bagi menyiapkan Terjerat.

NP-106

Dayang minta netizen lihat dari sudut positif drama Terjerat.

"Netizen sepatutnya jangan pukul rata kata nak boikot disebabkan isu peribadi mereka.

"Tolak ke tepi tentang isu mereka dan sokong karya tempatan sebab drama ini mempunyai mesej positif untuk dijadikan teladan," ujarnya.

Terjerat yang juga drama original iQIYI bersiaran sebanyak 12 episod itu diarahkan oleh Azmi Hatta dan turut dibarisi pelakon seperti Fendy Bakry, Jaja Iliyes, Idzham Ismail, Erry Putra dan Amanda Misbun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain