suria

10 tahun menyepi, Pierre Andre janji tak hilang lagi... Mahu dikenali sebagai ‘King of Horror’

Pierre kembali buat kemunculan dalam industri seni.

SELEPAS 10 tahun menyepi dari industri seni, pelakon dan pengarah Pierre Andre semakin terbiasa menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan.

Menurut Pierre atau Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 39, sepanjang ‘hilang’ dia banyak memberi tumpuan kepada perniagaan pakaian yang diusahakan bersama isteri iaitu Siti Nur Hidayah Hashim.

Dalam masa sama pasangan ini juga lebih fokus membesarkan dua cahaya mereka.

pierre 3

Pierre bersama isterinya.

"Dari seorang yang tahu tentang filem, saya berubah mengenali kain. Saya dan isteri ada pernigaan menjual pakaian dan saya juga ada lancarkan saluran YouTube sendiri. Jadi itulah yang saya lakukan sepanjang 10 tahun ini.

"Semakin lama kami merasakan lebih selesa hidup secara normal. Apabila keluar pun tidak ramai yang kenal. Itu juga antara sebab saya tidak mahu kembali dalam industri.

"Malah saya juga pernah terfikir tidak akan kembali lagi ke dalam industri. Selepas ini insya-Allah tak hilang lagi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10 tahun menyepi, Pierre Andre tiada telefon bimbit dan media sosial... Buat kemunculan mengarah ‘Jangan Pandang Belakang 2’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ambil masa 6 bulan kembali bangkit, Mawar Rashid pernah fikir hilangkan diri selepas cerai

Pierre ditemui ketika tayangan trailer serta OST filem terbaharu lakonannya berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Pierre berkata, Jangan Pandang Belakang 2 juga adalah tanda kemunculan semulanya sebagai pengarah.

Pun begitu kata Pierre, dia hanya mahu membefi fokus kepada pengarahan filem genre seram dan berazam menjadi ‘King of Horror’.

Pengalaman sebelum ini menjadikan saya lebih matang dan tenang

PIERRE ANDRE

PELAKON/PENGARAH

"Sebelum terlibat dalam filem ini saya ada sebuah lagi karya yang kini masih dalam proses pembikinan. Jadi saya anggap Jangan Pandang Belakang 2 adalah sebagai comeback dalam industri.

"Sepanjang hilang, saya banyak menonton filem terutama filem seram Indonesia. Kalau boleh apabila kembali ini saya mahu jadi King of Horror. Biarlah orang kenal saya dengan filem-filem seram.

"Jika dahulu saya terima apa sahaja tawaran. Kali ini selepas kembali saya mahu fokus. Jika ada tawaran genre lain mungkin saya akan tolak," ujar.

pierre 2

Pierre kini lebih fokus pilih tawaran sebagai pengarah.

Bercakap tentang penglibatan dalam Jangan Pandang Belakang 2, kata Pierre antara cabaran besar yang ketika penggambaran adalah terpaksa berjauhan dengan dua orang cahaya matanya.

"Kesukaran di set rasanya tiada masalah. Pengalaman sebelum ini menjadikan saya lebih matang dan tenang.

"Cuma terpaksa berjauhan dengan anak-anak itu memberi sedikit tekanan. Saya rapat dengan anak-anak sejak mereka lahir. Rasa pelik apabila berjauhan," katanya.

Untuk rekod Pierre dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Aishah Andre, 8, dan Zehra Andre 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain