PELAKON Mawar Rashid memberitahu hatinya pernah terdetik untuk menghilangkan diri dari dunia seni ketika berdepan dengan kemelut rumah tangga sebelum ini. Kata Mawar atau Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid, 30, idea tersebut timbul kerana mahukan ruang bersendirian selepas mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Raf Yaakob pada November tahun lalu. "Jujur saya katakan saya pernah terfikir untuk hilangkan diri dari industri hiburan dan media sosial. Ketika itu saya perlukan masa untuk diri sendiri sahaja. Mawar pernah melalui fasa sukar selepas bercerai. "Banyak faktor mendorong saya berfikir ke arah itu. Apa yang saya lalui adalah tentang kehidupan peribadi, jadi saya perlu rehat. Tambah pula dengan tekanan di media sosila. "Saya juga mahu menjaga kesihatan mental. Sebab itulah terfikir untuk hilangkan diri. Saya ambil masa untuk bangkit semula," katanya kepada mStar. Mawar berkongsi perkarq itu ketika ditemui ketika di majlis tayangan trailer serta OST filem terbaharu lakonannya berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid enggan terburu-buru cari pengganti, serah soal jodoh pada takdir ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid enggan cakap tentang bekas suami, fokus besarkan 3 anak dalam suasana positif Bukan mudah melalui fasa hidup baharu bergelar ibu tunggal, menurut Mawar dia mengambil masa hampir enam bulan untuk betul-betul mendapatkan semual kekuatan diri. Tambahnya anak-anak juga menjadi semangat untuk dia bangkit dan kembali meneruskan kerjaya dalam dunia seni. "Berlakon adalah punca rezeki saya dan saya ada anak-anak. Saya juga mulakan kerjaya sebagai pelakon, jadi sebab itu saya teruskan dalam bidang seni ini. Saya juga mahu menjaga kesihatan mental. Sebab itulah terfikir untuk hilangkan diri MAWAR RASHID PELAKON "Hampir enam bulan juga saya lebih banyak fokus kepada diri sendiri dan anak-anak. Dalam tempoh itu saya banyak buat aktiviti luar dan dekatkan diri dengan alam. "Saya banyak dekatkan diri dengan orang-orang yang membuatkan saya tenang," ujarnya. Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017. Anak-anak menjadi kekuatan Mawar. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan. Sementara itu bercakap tentang filem lakonannya, ini merupakan penampilan pertama Mawar selepas lebih dua tahun berehat. Biarpun berat untuk memulakan kembali, namun kru produksi adalah antara yang memberi keyakinan untuk dia membawakan watak Mona dengan baik. "Ketika tawaran filem ini datang saya masih dalam masa untuk sesuaikan diri bergelar ibu tunggal. Apabila menghadiri kelas lakonan saya sedar bahawa saya belum sedia sepenuhnya. "Namun rakan-rakan di lokasi banyak memberi sokongan. Saya sudah ambil tawaran ini dan ia menjadi tanggungjawab untuk diselesaikan," jelasnnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube