USIANYA sudah menjangkau 53 tahun namun pelakon Zamarul Hisham masih menjadi ‘buruan’ peminat wanita yang cuba menggodanya. Zamarul atau Zamarul Hisham Mohamed menyifatkan perkara itu sebagai pelik memandangkan umum mengetahui dia sudah beristeri tetapi masih ada mencuba nasib. “Masa mula berlakon dulu, memang betul ada kena mengurat malah pada usia sekarang ini pun godaan tu masih wujud. Tak boleh nak lari tapi semuanya berbalik kepada niat sendiri. Zamarul berkongsi dia masih menerima DM berbaur godaan daripada peminat wanita. “Sekarang dah kahwin ke belum godaan itu tetap ada. Pelik juga, sekarang lebih ramai minat suami atau isteri orang berbanding mereka yang belum berkahwin. “Sampai sekarang pun saya masih terima DM (direct message) di media sosial tapi mujur saya jenis tak suka balas DM,” katanya kepada mStar. Zamarul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam pada Khamis. Dalam pada itu, Zamarul mengakui, sebelum bergelar pelakon dia memang seorang lelaki ‘playboy’ selain bersikap nakal. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10 tahun menyepi, Pierre Andre tiada telefon bimbit dan media sosial... Buat kemunculan mengarah ‘Jangan Pandang Belakang 2’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ambil masa 6 bulan kembali bangkit, Mawar Rashid pernah fikir hilangkan diri selepas cerai Bagaimanapun sejak bergelar pelakon dia tidak pernah menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk melakukan perkara tidak baik termasuk menjadi ‘buaya darat’. “Saya bersyukur bila dah jadi pelakon ni saya tak buat jahat, maksud saya sebelum jadi pelakon saya memang nakal dan seorang ‘playboy’. “Sebab orang tak kenal waktu tu. Tapi masa itu saya pakai motor RXZ, ramai wanita cuba pikat saya. “Lepas jadi pelakon ramai kenal saya jadi saya perlu menjaga sikap, itu pemikiran yang selamatkan saya daripada melakukan perkara bukan-bukan,” jelasnya. Pelik juga, sekarang lebih ramai minat suami atau isteri orang berbanding mereka yang belum berkahwin. ZAMARUL HISHAM PELAKON Untuk rekod, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Diana Rafar pada tahun 2009. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun. Zamarul juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu. Dalam perkembangan lain, Zamarul dan isterinya iaitu Diana Rafar gembira dapat menganjurkan siri kedua program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 dengan kerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd bagi menyantuni 20 artis veteran. Zamarul dan Diana ketika sesi sidang media program Dari Poket Artis ke Poket Artis. Artis yang hadir bukan sahaja menerima tajaan makanan tambahan kesihatan selama tiga hingga enam bulan tetapi juga wang tunai sebanyak RM5,000. Tidak terhenti disitu, artis yang dipilih juga mendapat tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Datuk Seri Salim Abdul Rahman. Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia dan Mak Wan Latah. Tidak ketinggalan Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube