suria

[V] Pensyarah UTM tambat hati Sarah Suhairi, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

PENYANYI Sarah Suhairi selamat bergelar isteri kepada pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Aswad Anuar dengan sekali lafaz pada pukul 8:30 pagi Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan iaitu Ahmad Khaliq Md Rasid.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

sarah suhairi 3

Pasangan ini bertunang pada Januari lalu.

Pengantin lelaki menyerahkan seutas gelang emas berharga RM2,486 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran.

Bagaimanapun wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Sarah, 24, turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki pada majlis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami duda beranak 3, Sarah Suhairi sedia galas tanggungjawab ibu ‘segera’

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah raya KL, Sarah Suhairi sempat kongsi ciri-ciri calon suami dicari

Majlis bertemakan rona putih itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.

Antara rakan artis yang hadir meraikan pasangan mempelai termasuk Naim Daniel, Afieq Shazwan, Wani Kayrie, Sissy Iman dan Shaffiq Erwin.

Bijak merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum, apa yang menarik tentang pasangan ini adalah mereka berkongsi minat sama terhadap sukan menunggang kuda.

sarah suhairi 1

Majlis pernikahan Sarah bertemakan warna putih.

Malah pengenalan mereka juga bermula di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 2020 sebelum hubungan bertukar cinta.

Aswad, 39, yang juga merupakan seorang jurulatih sukan berkuda kemudiannya mengikat tali pertunangan dengan Sarah pada 27 Januari lalu.

Sementara itu, pada majlis sama Sarah turut melancarkan single terbaharunya berjudul With You yang menampilkan Aswad dalam muzik video berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain