suria

Nenek Siti Khadijah meninggal dunia, ralat tak dapat luang masa bersama kerana kesibukan kerja

Nenek Siti meninggal dunia.

PELAKON Siti Khadijah memaklumkan neneknya iaitu Azizah Mohamad meninggal dunia pada awal pagi Khamis.

Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, bagaimanapun tidak mendedahkan punca pemergian neneknya itu namun meluahkan rasa ralat disebabkan tidak banyak dapat meluangkan masa bersama kerana kesibukan bekerja.

"Atok boleh tunggu? Adik (panggilan Siti) jauh. Kenapa atok tak tunggu adik? Adik minta maaf adik jarang luangkan masa dengan atok. Hanya kiriman makanan menggantikan kehadiran.

siti1 - 1

Kenangan Siti (kiri) bersama nenek (tengah) diabadikan selamanya.

"Adik minta maaf adik sibuk baru nak ambil gambar sekarang. Hanya sedikit memori adik dengan atok, tetapi tetap ada," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Siti memberitahu sebelum ini neneknya sering bertanyakan kepadanya soal jodoh dan kini dia sendiri tertanya-tanya kepada Allah SWT tentang ajal yang bakal menjemput.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'From Saga With Love 2' teruja jumpa Gabenor Saga, Siti Khadijah harap drama dapat kukuhkan hubungan Jepun dan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah harap bertemu lelaki baik, minta Aniq Suhair doakan di Makkah

"Bila ingat balik soalan yang atok saya kerap tanya mesti soal jodoh dan sekarang ini soalan yang saya kerap tanya pada Allah, soal ajal dan maut.

"Tapi siapalah saya nak mempersoalkan kitaran hidup? Entah bila pula tidak jangka hayat saya sampai bila," ujarnya.

Pelakon drama From Saga With Love ini memberitahu reda dengan pemergian neneknya dan berharap agar suatu hari nanti mereka akan bertemu semula di alam abadi.

siti2 - 1

Siti bersedih atas pemergian nenek tersayang.

"Atok rehatlah dengan aman, jumpalah atok jantan dan nenek kiah. Beritahu mereka satu hari nanti adik akan datang menyusul.

"Selamat jalan ke dunia abadi cinta, Azizah Mohamad. Siapalah yang nak telefon adik lagi sekarang tanya drama adik pukul berapa disiarkan.

"Ya benar rindu itu berat, jadi jangan sia-siakan yang ada," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain