suria

Michael Ang sangka individu paling dibenci, terharu ramai peguam mahu bantu kes tuntutan setengah juta

Michael diarahkan untuk membayar semula bayaran sebanyak RM500,000.

SUSULAN dituntut membayar RM500,000 kepada syarikat pengurusan Armani Entertainment, pengarah Michael Ang menerima banyak tawaran khidmat guaman bagi membantunya dalam kes tersebut.

Michael, 48, berkata, dia terharu dengan tawaran diterima kerana menyangka dia adalah individu paling dibenci.

"Terima kasih kepada peguam-peguam yang mesej untuk tawarkan khidmat.

mic - 1

Michael terharu dengan sokongan yang diterima.

"Saya terharu. Ingatkan saya ini orang yang paling dibenci disebabkan mulut saya (membebel). Sayang anda semua," katanya.

Michael berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar kontrak, Armani Entertainment minta Michael Ang bayar RM500,000

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Biasalah artis kena saman"... Michael Ang serah kepada peguam isu tuntutan bayaran RM500,000

Dalam pada itu, Michael memberitahu sudah mempunyai peguam dan terpaksa menolak tawaran bagi menguruskan tuntutan dibuat syarikat berkenaan.

“Perkara ini bukan baru. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga kepada orang-orang yang mendoakan.

"Saya betul-betul hargai dan terharu tetapi saya sudah mempunyai wakil peguam," katanya.

2819702

Pihak pengurusan Armani Entertainment ambil tindakan undang-undang terhadap Michael.

Pada Rabu, Armani Entertainment menuntut semula bayaran sebanyak RM500,000 daripada Michael selepas pengarah itu didakwa gagal melaksanakan beberapa tugas termasuk mengikut kontrak dalam perjanjian strategik antara mereka.

Ketua Eksekutif Armani Entertainment iaitu Datuk KK Chua, berkata, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mendapati Michael melanggar kandungan dalam dua kontrak sepanjang tiga tahun kerjasama mereka.

Antaranya Michael memberikan jaminan memasukkan artis naungan syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular dan juga tawaran sebagai pelakon utama serta pelakon pembantu dalam drama terbitan pengarah berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain