suria

Sudah beraksi dalam filem Indonesia, Fazura pasang impian berlakon drama sinetron pula

Fazura mengidam nak berlakon sinetron di Indonesia.

MAHU mencipta kelainan dalam karier seni, pelakon Nur Fazura menyimpan hasrat mahu mengembangkan bakat lakonannya dengan membintangi sinetron di Indonesia.

Kata Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, sebelum ini pernah membintangi enam buah filem di negara berkenaan dan merasakan sudah tiba masa dia beralih tumpuan kepada drama rantaian pula.

"Saya nak cuba sinetron pula, bagi saya kalau nak kembangkan kerjaya memang perlu buat sesuatu yang lain.

Copy of Untitled - 2024-07-24T130718.993

Fazura pernah membintangi enam buah filem di Indonesia.

"Sebelum ini saya sudah membintangi lima atau enam buah filem di sana, tapi sekarang saya nak sinetron.

"Filem memang besar tetapi sebenarnya pasaran terbesar di Indonesia itu adalah sinetron," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Fazura memaklumkan yang dia sudah pun menerima tawaran lakonan di sana namun ia masih dalam pertimbangan.

Kata Fazura, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran tersebut kerana berat hati untuk meninggalkan keluarga di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun berkahwin, Fattah Amin masih dapat layanan istimewa Nur Fazura - “Dia tak pernah biar saya senduk nasi sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura jarang update foto bersama Fattah sebab sibuk, tak perlu tayang kebahagiaan demi kepuasan orang lain

"Dah dapat tawaran tapi saya perlu berfikir panjang sebab sinetron sampai beratus atau beribu episod.

"Saya tak sanggup nak tinggalkan anak dan suami. Komitmennya sangat tinggi dan perlu bersedia mental dan fizikal," jelasnya.

Mengakui bukan mudah untuk membintangi sinetron, Fazura memberitahu ramai rakan selebriti di Indonesia yang berkongsi mengenai cabaran sepanjang penggambaran drama sinetron.

Enggan menjadikan ia sebagai halangan, Fazura berkata dia tetap mahu mencabar diri dan kemampuannya sebagai pelakon.

Copy of Untitled - 2024-07-24T130916.664

Fazura tak sanggup untuk tinggalkan keluarga.

"Rakan-rakan artis di sana pun ada yang tak percaya bila saya beritahu yang saya teringin berlakon sinetron.

"Mereka tahu macam mana susahnya berlakon sinetron, bayangkan satu episod boleh selesai dalam satu hari saja.

"Setiap hari bangun tidur terus kerja dan kerja, macam tiada hidup tetapi itulah cabarannya dan saya teringin nak cuba," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain