suria

Aliff Aziz ucap selamat hari jadi, minta maaf kepada Ruhainies - “Semoga Allah membalas segala kebaikan awak”

Aliff berkongsi ucapan tahun buat Ruhainies.

TATKALA nama mereka sedang menjadi bualan hangat, pelakon Aliff Aziz tetap memberi ucapan ulang tahun kepada aktres Ruhainies.

Menerusi perkongsian di Instastory pada Ahad, Aliff atau Mohammad Alif Aziz, 33, turut menitip doa buat rakan artisnya itu agar dikurniakan kegembiraan.

"Selamat ulang tahun buat awak. Semoga dirahmati dengan kegembiraan pada hari istimewa ini. Semoga tahun-tahun mendatang lebih baik," ujarnya.

aliff 2

Ucapan Aliff buat Ruhainies.

Aliff turut memuat naik gambar mereka berdua dipercayai salah satu rakaman drama mereka bersama yang berjudul Terjerat.

Dalam sama pelakon ini juga turut meminta maaf seperti kesal dengan apa yang telah berlaku antara mereka.

"Semoga Allah membalas segala kebaikan awak. Maafkan saya dan kami semua atas kekurangan yang berlaku," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz ada duit simpanan, tuduhan kononnya Ruhainies tanggung hidup satu fitnah berat

Sebelum ini nama Aliff dan Ruhainies menjadi bualan hangat selepas mereka ditangkap atas dakwaan berkhalwat pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah ketika sebutan kes berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

aliff 3

Ruhainies dan Aliff ketika sebutan kes di mahkamah.

Hadir di mahkamah ketika itu ramai yang mengecam mereka kerana dilihat masih berhubung baik.

Aliff juga pernah menegaskan tiada alasan dia dan Ruhainies untuk bermusuhan walau sedang berdepan kes mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain