SERING dikatakan mempunyai wajah mirip Neelofa, pengacara Hawa Rizwana pernah berasa kurang senang apabila sering dibandingkan dengan pelakon dan usahawan terkenal itu. Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 29, berkata, disebabkan itu juga perjalanan kariernya agak sukar ketika di awal kemunculannya dalam industri seni. "Masa awal-awal (kemunculan) soalan yang selalu saya terima adalah mengenai wajah saya seperti Neelofa. "99 peratus headline berita gelarkan saya kembar Neelofa dan semuanya ada kaitan dengan dia... Sejujurnya saya rasa tak seronok (dibandingkan)," katanya. Hawa berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast Girl Math Podcast. Hawa berkongsi perkara itu ketika muncul menerusi Girl Math Podcast yang disiarkan di YouTube. Mengagumi dan menghormati Neelofa sebagai seorang selebriti berjaya, Hawa bagaimanapun mahu dikenali dengan bakat dimiliki dan bukannya kerana paras rupa. Bagaimanapun penglibatannya yang banyak mengacarakan program berbentuk am dan semasa membuatkan perbandingan itu tenggelam dengan sendirinya. "Saya meminati Neelofa dari pelbagai segi termasuk kejayaannya dalam perniagaan tapi memulakan karier dengan cara itu sebenarnya agak sukar. ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bertepuk tangan dengan penyanyi baharu, Hawa Rizwana mohon maaf khilaf soal pergaulan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Teruk Hawa Rizwana kena hentam isu berpakaian ketat, ‘angle’ gambar punca nampak seksi "Tapi saya bersyukur sebab kami bukan dalam bidang yang sama, jadi saya boleh 'lari' daripada bayangan Neelofa," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Hawa mendedahkan dia pernah menghidapi masalah gangguan pemakanan iaitu bulimia ketika berada di bangku sekolah. Masalah itu berlaku disebabkan perasaan sensitif setiap kali ada orang menegur atau memberi komen tentang penampilannya. "Dulu saya sangat terkesan kalau orang pegang badan saya atau cakap pipi saya naik. Hawa mendedahkan dia pernah menghidap penyakit Bulimia. "Bila orang cakap badan saya naik, saya akan muntahkan semula makanan setiap kali selepas makan atau bersenam secara berlebihan. Menderita gangguan tersebut untuk tempoh lama, pengacara itu bagaimanapun memberitahu keadaan kesihatan mentalnya semakin pulih selepas sedar tindakan itu boleh memudaratkan kesihatan. "Saya cuba untuk berhenti sebab sedar ia tidak bagus untuk kesihatan tapi berat badan saya pula naik lima kilogram selepas itu. "Tapi saya nekad untuk berhenti dan apa paling penting adalah mental kita yang perlu dibetulkan dahulu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!