PELAWAK Shuib mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman seram menyaksikan arwah isterinya iaitu Siti Sarah Raissuddin terkena gangguan makhluk halus. Sepanjang perkahwinannya, Shuib atau Shamira Muhammad 40, berkata dia sering melihat arwah Sarah kerap kali dirasuk sehingga tindakannya berubah seperti seekor harimau. "Sebenarnya saya banyak kali melalui keadaan yang mencemaskan sampai kesurupan dan dirasuk. Shuib berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di Dol's podcast. "Paling teruk adalah ketika Sarah bertukar seperti harimau, gaya harimau sehingga dia jilat kaki. "Minggu pertama saya berkahwin dengan dia, tiba-tiba saya terdengar dia mendengus seperti harimau dan ia berlaku banyak kali," katanya. Shuib berkongsi pengalaman menakutkan itu menerusi temu bual Dol' Podcast yang dimuat naik di siaran YouTube miliknya. Bukan itu sahaja, Shuib turut berkongsi dia pernah berdepan insiden cemas apabila arwah Sarah tiba-tiba rebah selepas membuat persembahan dalam sebuah rancangan realiti. ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah ketagih main judi, tak terkira kerugian demi puaskan nafsu... Insiden dikepung gangster buatnya insaf ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega dan Aisyah Hijanah direman, Shuib mohon serah pihak berkuasa lakukan siasatan Susulan itu, dia terpaksa membawa arwah isterinya bertemu seorang kenalan untuk mendapatkan rawatan segera. "Ada satu minggu di Gegar Vaganza, saya duduk di belakang pentas. Selepas selesai persembahan, Sarah pusing dan jalan ke arah saya sambil dia panggil ‘daddy’ kemudian dia terus tumbang. "Sebenarnya pada malam itu, dia tak ada pada segmen terakhir sebab saya dah bergegas bawa dia pergi jumpa orang untuk berubat," ujarnya. Sedar ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya, arwah Sarah pernah merasakan dirinya seperti disihir kerana sering menerima gangguan ketika melakukan persembahan. Arwah Sarah sedar sesuatu yang tidak kena pada dirinya. "Dia cakap dia rasa dia disihir. Pernah dia naik di atas pentas dan rasa orang bencikan dia, persembahan tak best," jelasnya. Untuk rekod, Shuib dan arwah Sarah mendirikan rumah tangga pada Februari 2011 namun jodoh mereka tidak panjang selepas Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkongsian hidup bersama Allyarham, mereke dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, Ayash Affan, 3 tahun. Kemudian, Shuib sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!