TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tampil mempertahankan Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas perkongsian bertarung nyawa ketika melahirkan anak sulungnya dianggap berlebihan oleh sesetengah pihak. Tunku Azizah, 64, sebaliknya menjelaskan perkongsian yang dibuat kepada wartawan ketika sidang media merasmikan pembukaan Alhaya Fertility Centre di Hospital Pakar KPJ Damansara 2 pada Sabtu bukan dibuat Siti tetapi daripadanya. "Bertenang, bukan Siti yang beritahu wartawan. Saya yang berkongsi cerita dengan mereka," titahnya. Tunku Azizah pertahan Siti daripada komen negatif netizen. Tunku Azizah menjelaskan salah faham itu ketika membalas komen salah seorang pengguna TikTok yang menganggap cerita seperti itu tidak perlu dijaja di media sosial. Individu berkenaan menganggap perkongsian dibuat sebagai mengada-ngada seolah-olah Siti seorang yang pernah mengalami kepayahan bersalin. "Ala orang lain beranak 10 orang pun tak kecoh. Ini baru beranak Siti Aafiyah nak kecoh satu Malaysia. "Mengada-ngada macam dia seorang beranak susah kat dunia ini," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Aafiyah terpaksa jalani pembedahan, terjatuh ketika bermain skuter ARTIKEL BERKAITAN: Aafiyah dah sekolah! Siti Nurhaliza sebak, hampir menangis hantar anak masuk tadika Pada sidang media itu, Baginda bertitah ketika proses kelahiran Siti berdepan komplikasi yang hampir meragut nyawanya. Titah Tunku Azizah lagi, Siti tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada sesiapa dan menyifatkan penyanyi itu masih hidup sebagai satu keajaiban. "Siti masih hidup hari ini adalah keajaiban. Dia tidak pernah beritahu sesiapa, saya ceritakan kepada anda. "Siti hampir kehilangan nyawa melahirkan Aafiyah," titahnya. Siti hampir hilang nyawa ketika melahirkan Aafiyah. Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K pada 21 Ogos 2006. Selepas Aafiyah, 6, Siti menjalani rawatan IVF untuk anak keduanya iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia tiga tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!