PENERBIT Datuk Ayu Puteh kini boleh menarik sedikit nafas lega apabila indivdiu yang didakwa menipu dirinya telah ditahan pihak berkuasa dan kini kes sedang dalam perbicaraan mahkamah. Kata Ayu atau Normashayu Puteh, 48, dia menunggu lebih empat tahun menjejaki individu yang dikenali sebagai Datuk R itu selepas ditipu sebanyak RM500,000 bagi tujuan perniagaan. "Empat tahun saya menunggu dia dan sepanjang tempoh itu dia mengelak untuk berjumpa. Ada beberapa kali juga terserempak. Panggilan dan mesej saya semua tidak berjawab. Ayu harap dapat pembelaan terbaik. "Saya memang kenal orang itu. Lepas dia tipu saya ada beberapa rakan artis lain juga jadi mangsa. Mereka takut nak buat laporan polis sebab Datuk R ini dakwa dirinya orang-orang kenamaan," katanya. Sebutan kes ini berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin dan individu berkenaan mengaku tidak bersalah. Perbicaraan kes akan bersambung pada 29 Ogos nanti. ARTIKEL BERKAITAN: 3 unit pejabat kena pecah masuk, Ayu Puteh berputih mata lesap RM100,000 ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ayu Puteh masih trauma insiden pejabat dipecah masuk, tak tolak wujud unsur khianat Berkongsi tentang penipuan yang dilakukan, menurut Ayu lelaki berkenaan berjaya memperdaya dirinya untuk membuat pelaburan bagi membuka sebuah syarikat. Bagaimanapun perjanjian urusan perniagaan tidak seperti yang dipersetujui dan syarikat dimaksudkan juga tidak beroperasi. "Selepas saya buat pelaburan, dia pula tidak masukkan bahagian kongsinya. Sudahnya duit saya yang habis. Syarikat tersebut berdaftar namun tidak beroperasi. Ayu rugi sejumlah wang besar kerana ditipu. "Saya buat laporan polis dan hasil siasatan mendapati wang tersebut memang digunakan ke tempat yang tidak betul," ujarnya. Tambah Ayu, dia juga sudah meminta pihak berkuasa untuk mendalami kes ini apabila individu berkenaan mendakwa dirinya sebagai kenalan rapat pemimpin negara termasuk menjadi orang tengah dalam agensi kerajaan. "Katanya dia berkerja dengan Perdana Menteri. Jadi saya mahu tahu betul atau tidak. Dalam masa sama dia juga dakwa sebagai orang tengah agensi kerajaan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!