PELAKON dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan dia pernah menjadi mangsa body shaming dan rupa parasnya dihina sewaktu di bangku persekolah. Berkongsi pengalamannya, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata dia sudah menganggap perkara itu biasa dan memilih untuk mengabaikan kata-kata hinaan berkenaan. "Waktu sekolah dulu biasalah kena ejek ‘telinga Astro’. Wawa pernah jadi mangsa face shaming sewaktu di bangku sekolah. "Itu memang perkara biasa. Ada juga kata buruk dan hodoh. "Saya abaikan sahaja walaupun adalah ambil hati tapi malas nak layan," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Berani komen jahat tapi tak tunjuk muka... Aeril dan Wawa ‘sound’ netizen sentuh isu sensitif, enggan jadi mangsa buli siber ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hantar’ batang pinang dan kulit limau terbakar, CCTV rakam wajah individu cuba sihir Aeril Zafrel dan keluarga Sementara itu, suami kepada Wawa iaitu pelakon dan usahawan Aeril Zafrel memberitahu buli yang berlaku di sekolah itu meninggalkan kesan terhadap mereka sehingga melangkah ke alam dewasa. "Orang yang kutuk-kutuk kita ni selalunya kita ingat sampai dah dewasa. Wawa dan Aeril merupakan usahawan yang semakin berjaya. "Tapi kalau kata-kata budak sekolah ni tak jadi motivasi pun. "Ia membuatkan kita ingin berubah jadi lebih baik dan sekadar kenangan zaman persekolahan sahaja," jelasnya. Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!