BAGI mendapatkan keberkatan hidup dan dipermudahkan urusan harian, pelakon Zamarul Hisham mengamalkan rutin membaca doa sebelum bergerak ke set penggambaran setiap hari. Kata Zamarul atau Zamarul Hisham Mohamed, 53, kebiasaannya dia akan membaca doa ketika bersendirian di dalam kenderaan sebelum memulakan perjalanan ke lokasi. "Sebelum bergerak ke lokasi penggambaran, saya akan duduk di dalam kereta terlebih dahulu tanpa hidupkan enjin. "Apa yang saya buat adalah saya akan berdoa berkali-kali sehinggalah saya rasa cukup. Selagi diri saya rasa belum puas, saya akan terus berdoa. Zamarul amalkan membaca doa dalam kereta sebelum bergerak ke lokasi penggambaran. "Kemudian barulah saya akan bergerak ke lokasi penggambaran. Mungkin disebabkan saya adalah seorang penghidap OCD (kecelaruan obsesif kompulsif),” katanya kepada mStar. Kata Zamarul lagi, amalan berdoa di dalam kenderaan sebelum menuju ke lokasi kerja sudah dilakukan sejak awal pembabitannya dalam industri seni. Malah, rutin itu seakan sudah sebati dan menjadi perkara harus dilakukan setiap hari. "Antara doa yang saya mohon adalah supaya dikurniakan penghayatan yang kuat dalam lakonan saya supaya orang yang melihat akan sukakan lakonan saya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Usia dah cecah 53 tahun, Zamarul Hisham masih dapat mesej berbaur godaan - “Sekarang ramai minat suami dan isteri orang” ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan lupa asal usul” - Zamarul Hisham bagi nasihat kepada pelakon baharu, kongsi tip nama kekal relevan "Memang saya praktikkan amalan itu sejak mula ceburi lakonan hampir 30 tahun lalu. Jadi doa begitu sudah jadi sebati dalam diri,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Zamarul dan isterinya iaitu Diana Rafar berjaya menganjurkan siri kedua program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 bekerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd. Seramai 20 artis veteran telah dibantu dan ada juga yang menerima tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Datuk Seri Salim Abdul Rahman. Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia dan Mak Wan Latah. Zamarul dan Diana cuba membantu artis vateran semampu mereka. Selain itu, Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario. Untuk rekod, Zamarul dan Diana mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun. Zamarul juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!