PELAKON Erin Malek selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Isnin. Suami Erin atau Nur Arina Abdul Malek, 30, iaitu Farriz Fauzy memaklumkan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki. Erin dan suami dikurniakan anak lelaki bagi cahaya mata ketiga. “Alhamdulillah selamat datang ke dunia anak lelakiku,” katanya. Farriz berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Isnin. Bagaimanapun Erin dan Farriz tidak berkongsi maklumat lain mengenai kelahiran bayi lelaki mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Erin Malek korban dunia lakonan demi besarkan anak, tunggu masa sesuai untuk buat ‘comeback’ ARTIKEL BERKAITAN: Erin Malek Lalui Rasa Sukar Anak Meninggal Dunia Dalam Kandungan Menariknya tarikh kelahiran anak pasangan ini dianggap istimewa yang jatuh pada 11 November 2024. Sehari sebelum bersalin, Erin mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto menunjukkan ‘baby bump’. Untuk rekod, Erin dan Farriz mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2014 dan mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Faliq, 9, dan Nur Aisha yang kini berusia 7 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!